Pap Smear Kesan Kanser Servik


Dah berapa kali mummy mengelak untuk membuat ujian PAP SMEAR. Setiap kali lepas bersalin, doktor akan ingatkan mummy untuk membuat Pap Smear. Memang takut nak buat PAP SMEAR. Walaupun ada rakan-rakan yang beritahu ianya tak sakit mana pun! Dan kali ini, mummy tak boleh larikan diri lagi. Doktor paksa juga untuk buat ujian PAP SMEAR. Mummy kene baring macam gambar tu (gambar sumber google je..tak rela nak letak gambar sendiri). Nak buat PAP SMEAR ni kene relaks dan bukakan kaki seolah-olah macam nak bersalin normal. (walaupun mummy bersalin ceaserian).




Antara bahan-bahan yang akan di guna pakai untuk ujian PAP SMEAR. Mana tak gerun, kalau tengok peralatan macam ni nak di masukkan ke dalam vagina tu. Gerun sangat!! Memanglah ada pengalaman kene seluk semasa nak bersalinkan anak pertama , Dhia dulu. Tapi, keadaan masa tu pun dah macam-macam rasa sakit datang. Fikiran pun tak boleh fokus mana-mana. Dah tak kisah doktor nak buat apa pun masa tu. Seakan-akan rela dalam terpaksa je.


Muncung itik ni akan di masukkan ke dalam vagina untuk membuka ruang pengambilan cecair/ lendiran di pangkal rahim.



Sampel diambil seperti gambar di atas. Sakit ke PAP SMEAR? Sakit lagi kene seluk kepala anak dan kene pulak di gerudikan. 

KENAPA KENE BUAT PAP SMEAR?
Untuk menjalani proses mengenal pasti sakit pangkal rahim, keputihan yang memudaratkan atau lain-lain masalah. Jika dapat di kesan pada peringkat awal. Senanglah untuk di ubati nanti.

SIAPA PERLU BUAT PAP SMEAR?
*Wanita yang sudah berkahwin.

*Wanita yang sudah melahirkan anak.

*Sukar mendapat zuriat.

*Kerap keguguran.

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBUAT PAP SMEAR?
*Semasa keadaan bersih bukan pada waktu kedatangan haid. Dan di dicadangkan selepas 48 jam. Kiranya kene betul-betul bersih, barulah keputusan sampel yang di ambil itu, jitu dan tepat.

*Tidak bersama suami dalam masa 48jam. Kerana di kuatiri salah sampel di ambil yakni cecair sperma atau cecair lain. 


BERAPA KALI PROSES ULANGAN UNTUK BUAT PAP SMEAR?
*Untuk wanita yang mengambil perancang kehamilan di galakkan membuat ujian PAP SMEAR setiap tahun.

*3 tahun sekali atau sebaiknya-baiknya selepas tempoh berpantang bersalin.

PAP SMEAR boleh di lakukan di mana-mana klinik atau hospital kerajaan atau swasta. Saya hanya buat di Klinik Kesihatan Kajang. Kebetulan ada apointment dan ianya PERCUMA.

Untuk membuat PAP SMEAR di KLINIK KESIHATAN KAJANG tak perlu ambil apa-apa temujanji. Hanya datang ke Kaunter IBU dan ANAK duntuk dapatkan nombor giliran. Ambil borang dan pergi ke bilik yang di sediakan. 

Proses pengambilan sampel untuk PAP SMEAR sekejap sahaja. Nak tunggu nombor giliran pula bergantung kepada berapa ramai yang datang. Setelah selesai pengambilan sampel PAP SMEAR, sampel akan di hantar ke Hospital Serdang. Paling lambat keputusan akan keluar dalam masa 1 bulan. Berdebar la pulak! huhu....

Ok...ini ada pesanan dari nurse Klinik Kesihatan Kajang kepada saya,"nanti bagitahu kawan-kawan yang belum jalani PAP SMEAR, minta dorang datang ye. Tak sakit,kan?!" Mummy hanya mampu mengangguk dan dalam hati...."Aik! Macam tahu-tahu je kita ni blogger ye!"

Jadi... kawan-kawan, mak-mak semua!! Jom jalani PAP SMEAR!! Tak sakit mana pun........
11 comments on "Pap Smear Kesan Kanser Servik"
  1. emm patutla kan, ada wanita yg serik nak beranak lagi..rupanya proses seluk gerudi tu yg menyeramkan.. #pcl memahami trauma mamaD

    ReplyDelete
  2. ASSAM dah buat dh PAP SMEAR ni....
    Result pun dah keluar....huhuhuhu....
    Walaupun result tak berapa nak cantik...
    Cuma hasil dari ujian terjumpa ada sedikit keputihan....atau lebih dikenali sebagai Vagina candidiasis..
    tapi sekurang-kurangnya ASSAM bebas dari tanda-tanda Kanser Serviks....
    Nak tahu macam mana plak pengalaman ASSAM...
    leh baca entri ini
    http://assam143.blogspot.com/2015/08/assam-30-pengalaman-buat-ujian-pap-smear.html

    ReplyDelete
  3. Tak pernah buat lagi...mcm kena buat huwaaaaa

    ReplyDelete
  4. sy penah buat taun lps...aishh sakit la bg sy hehe...maybe sbb sy x relaks..so susah mlt itik tu nak masuk.

    ReplyDelete
  5. takutnyaa nak buat.. huhuhuhu.. dok bayang laaa kena seluk2 tu trauma betul

    ReplyDelete
  6. tetiap tahun buat. tujuan dia nak kesan kanser serviks kan..
    Tak sakit pun nervous jer lebih.
    Bravo Mommy Azlinda

    3 Sebab Anak kuat Mengamuk

    ReplyDelete
  7. Thanx for the info dear..
    Kena pi buat lah juga ni.. mcm lebih kurang test tube folipio je ni kan.. addooii ngeri

    ReplyDelete
  8. apa pakaian pakai masa buat pap smear?

    ReplyDelete
  9. Kak lin, lepas bersalin hari tu doktor suruh saya buat jugak ni tapi sampai sekarang tak buat-buat sebab takut heheheh

    ReplyDelete
  10. x pernah buat lagi ha ha ha :)
    penakut!

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com