Raya - Kajang Perdana


Bila tibanya Syawal pastinya banyak open house di sana sini. Mummy pun sempat juga buat makan-makan Syawal secara kecil-kecilan untuk adik beradik sedara mara dan rakan kenalan yang terdekat. Mana yang terlepas pandang atau terlupa nak menjemput tu.  Maaf ye, boleh je datang beraya bebila masa.




 

Menu masakan makan-makan Syawal hari itu, menu masak sendiri. Ramai yang kata,”Wah gagahnya nak masak untuk open house”. Gagah tak gagah lah kan! Kang buat katering kang, tak ramai pulak datang . Dah jatuh kepada pembaziran. Bila masak sendiri ini, kita masak sedikit –sedikit. Habis, kita masak lagi. Yang penting, cili, bebawang dan lain-lain tu mestilah sudah di kisar siap-siap! Menu Sabtu 8.8.15 tempoh hari, mummy masak 20 liter sup ayam untuk di makan bersama bihun, kuah lodeh (lontong) dalam 10 liter, kuah kacang dalam 1 kuali besar dan rendang daging 2 kuali besar. Nasi impit adik ipar tolong buatkan dan standby juga nasi impit segera. Jam 5 pagi dah ketuk-ketuk di dapur. Dhia pun sama lah terus bangun juga waktu tu. Nasib mummy sempat menyiapkan semua nya jam 10 pagi. Malam tu, daddy dah siap rebuskan ayam dan kemaskan rumah. Ringan kerja mummy.


Jemputan makan untuk adik-beradik dalam pukul 12 tengah hari dan untuk kenalan dan kawan-kawan mummy dan daddy jam 3 petang. Pukul 4 petang, rendang daging dah habis. Waktu puncak pulak tu tengah orang ramai. Mummy apa lagi, sengseng lengan masak rendang sekali lagi. Siapa yang ada waktu rendang siap tu, untung dapat makan rendang panas-panas. FRESH!


Dan, lebih kurang jam 4 petang lebih Dhia mula dah mengamuk. Tak cukup tidur lah tu! Tidur jam 2 pagi, pukul 5 pagi sibuk bangun dah. Waktu ini, dah tak keruan keluar masuk bilik susukan Dhia. Memana kawan-kawan yang datang waktu ini, maaf jika layanan kami kurang pada waktu itu.


Mummy seronok sangat, bila ada kawan-kawan yang lama dah tak jumpa. Bergamba sana sini. Walaupun muka selebet dah waktu tu. Dan, ada juga yang tak sempat bergambar. Almaklumlah, 2 orang sahaja kakitangan yang ada ;)

Pakcik Khalid sekeluarga

Sepupu dari Manjung dan Damansara

Walauapapun, kami bersyukur dapat uruskan majlis dengan jayanya. Masak sendiri, dengan menjaga anak kecil dua orang yang sedang boelh tahan lasaknya. Pada mulanya, macam tak berapa nak konfident juga. Boleh ke kami handle majlis nanti? Boleh ke masak banyak-banyak nanti? Tapi, semangat yang tinggi tu mampu tangani fikiran negatif kami.

Geng UiTM Shah Alam ;)

Bff SMTSKL sampai sekarang ;)

Shaliza kawan sekolah rendah - Geng Backpackers Terjah Singapore sebelum berkahwin. Ja dan Kak Saniah ;)

Rakan Alam Maya - Blogger

Kak Nani - Rakan Blogger 

Antara Rakan Blogger yang rajin komen blog saya - Yoorin


Rakan Blogger - Kak Mas dan Allene

Rakan Blogger - Dkna dan Queachmad

Ahad pula geng-geng RHB datang beraya, ada yang dari Seri Kembangan dan ada yang datang dari Melaka. Menu Ahad pula, kita buat nasi putih berlaukkan taugeh tauhu goreng, daging masak sambal, ikan goreng, nasi impit  dan bihun sup.



Kawan-kawan RHB Bank yang vogue ;)

Terima kasih pada adik-beradik, sedara-mara dari jauh datang dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. Maaf andainya ada yang terkurang dari pihak kami. Sehingga kita berjumpa lagi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel

7 comments on "Raya - Kajang Perdana"
  1. yeah...muka kita ada.. hihihi sedap tau rendang...

    ReplyDelete
  2. x sangka sampai jugak rumah linda.. dah was2 time tu nak dtg ke x sebab jem teruk ya amat.. nasib irine lena tidur dalam kereta walaupon panas terik.. tu yg kat rumah linda aktif la nak berebut mainan..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Meriah, maaf tak dpt hadir, memang jadual suami urus kerja plak pack time tu, redho jelah hehehhe

    ReplyDelete
  4. Tq sebab jemput.x sangka Beranang ke Kajang Perdana sangat dekat.
    Mknan sedap.

    ReplyDelete
  5. wow. menarik ni bertandang umah rakan blogger :)
    kalau dekat, aida confirm dtg memeriahkan suasana open house linda...

    ReplyDelete
  6. lain la wajah korang masa ni

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com