Rumah Terbuka Penghujung Syawal

Rumah Terbuka Raya 2015 di Penghujung Syawal 2015



Sabtu lepas, adalah Syawal terakhir untuk Raya Aidilfitri 2015. Sempatlah, kami beraya 4 tempat (tak boleh lawan raya pertama hari tu...sehari, dapat 7 tempat kami beraya). Selesai 3 buah rumah open house, siap berehat sebentar di Kidzoona AEON Cheras Selatan untuk pengambilan baucer di AEON dan bagi anak-anak bermain. Budak-budak tu mesti penat ikut mummy dan daddy terjah 4 buah tempat open house. Jadi, kita bagi dorang upah ;)




Dzal Aidi Fiqry pertama kali ke Kidzoona. Kakaknya, Dhia Batrisya dah dua kali ke tempat ini.Teruja je muka anak bujang mummy ni,ha! Seronok sangat dapat bebas bermain macam ini.




Dzal Aidi Fiqry dah setahun sebulan tapi masih memapah lagi. Bila di Kidzoona ni, laju je ke sana sini. Berani semacam, walaupun ianya pengalaman pertama. Fuh!! Mummy yang pancit nak kejar.


Sebelum ke Kidzoona tu, kami beraya di rumah ibu yang menjaga budak-budak ni. Dekat je, kat tingkat bawah rumah ni ha! Tapi, dah penghujung Syawal baru nak beraya. hehehe 


Lepas tu, kami terus ke rumah bos daddy. Dzal Aidi sempat selfie dengan mummy sambil makan keropok lekor. Senyum-senyum amek gambar ye.


Ramai yang nak tolong dukungkan Dzal Aidi Fiqry, tapi macam biasalah. Mummy kesian kat orang lain nak jaga. Budak kecik ni, tak duduk diam sangat. Penat nanti kawan-kawan daddy nak jagakan. Anak sendiri, kene lah jaga sendiri. Orang lain pun nak makan dan nak menikmati jamuan raya,kan!


Dan, lepas Isyak kami sekeluarga terus ke rumah abang ipar pula. Seronok kumpul ramai-ramai. Sambil berkumpul, sambil makan. Menu pulak tu macam-macam ada. Sedap!! Cuma perut dah agak penuh. Kita pilih makan menu yang light sahaja. Lepak rumah abang ipar sampai tengah malam. hoohoo. Raya dah abes pun masih tak balik-balik. Tengok lah Dzal Aidi Fiqry tu, muka nangis nak tidur. Tapi, mummy biarkan aje dia nangis-nangis manja. Nak nenen nanti tunggu dalam kereta. Senang terus tidur nanti.


Gambar Dhia paling tak banyak pula, sebab Dhia tidur di open house rumah bos. Di rumah baby sitter pula, tak sempat amek gambar. Sampai rumah sepupunya, Dhia bawa diri main dengan sepupu-sepupunya. Dhia dah pandai bawa diri sekarang. Cari kawan dan main bersama. Udahnya, gambar Dhia tak banyak pun. Dengan handphone mummy bateri kong lagi. Seharian berjalannya mana tak kong. hehehe
5 comments on "Rumah Terbuka Penghujung Syawal"
  1. wahhh sakan linda beraya...he he he...

    ReplyDelete
  2. teringin nak pi kidzoona bawak irine.. tp tak berkesepatan.. tunggu ayah dia cuti..xlarat nak handle sorang..huhu

    ReplyDelete
  3. kidzoona aida pernah bwk anak2...
    memang bebas diorang main situ.
    just pantau dari jauh...
    masa tu la diorang nak explore :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com