SERPIHAN MH370 TELAH DI JUMPAI DI PULAU REUNION DI TIMUR LAUTAN HINDI

SERPIHAN MH370 TELAH DI JUMPAI DI PULAU REUNION DI TIMUR LAUTAN HINDI



Setelah 515 hari kita kehilangan MH370 dan sejarah ini seakan-akan pudar dari ingatan kita. Kini, kisah MH370 telah mengejutkan kita dengan satu berita bahawa serpihannya telah di jumpai beberapa hari lalu. Dan jam 2 pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Beliau menyatakan bahawa siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.




"Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati," beliauu berkata di sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).




Dalam pada itu, pihak keluarga Penyelia Penerbangan MH370 - Patrick Francis Gomes berkata, pengesahan bahawa pesawat itu terhempas masih belum mencukupi untuk menamatkan misteri berkenaan kerana mereka menuntut penjelasan lebih lanjut mengenai punca kehilangannya. "Sekarang saya ingin tahu di mana bahagian utama pesawat itu supaya kita boleh keluarkan penumpang dan mendapatkan kotak hitam, supaya kita tahu apa yang berlaku. "Hanya selepas itu bagi kami barulah perkara ini selesai sepenuhnya," kata Jacquita Gonzales, isteri kepada Patrick Francis Gomes. – AFP

Terjawab atau tidak terjawab…nak percaya atau tidak percaya? Wallahualam. Kita hanya mampu merancang. DIA yang tentukannya. “kunfayakun…”

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72698

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72704
5 comments on "SERPIHAN MH370 TELAH DI JUMPAI DI PULAU REUNION DI TIMUR LAUTAN HINDI"
  1. Salam..
    Selamat pagi...
    Nieyl singgah sini...
    Salam Takziah pada keluarga mereka...

    ReplyDelete
  2. Takziah bagi keluarga mangsa mh370.. Segala apa yg berlaku ada hikmahnya.. Apapun, nasib baik jumpa serpihan kapal terbang tu akhirnya

    ReplyDelete
  3. kalau betul.
    kena selidik apa terjadi sebeno nyer.
    cari kotak itam cecepat.
    biras kakak aida ada dlm mh370.
    al-fatihah...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com