Dhia nak GITAR pulak !!



Dhia nak GITAR UKULELE pulak !!


Beberapa hari lepas, kami sekeluarga ke The Garden Mid Valley. Sedang berjalan-jalan ke restoran untuk makan malam. Si Dhia ternampak satu kedai yang jual gitar Ukulele. Memang cantik gitar tu, mummy pernah Nampak juga di jual di IOI City Putrajaya berhadapan dengan restoran makan.

Kali ini, Dhia nampak dan meronta-ronta minta singgah. Kami cuba pujuk Dhia,”lepas makan nanti, kita singgah”. Dhia pun menganggukkan kepala.


Sudah selesai makan, keluar dari restoran. Dhia terus sebut,”Gitar”. Wah !! Masih ingat lagi tentang gitar !! Selagi tak dapat singgah, selagi itu Dhia sebut gitar.

“Kita tengok-tengok sahaja gitar tu,ye!”, mummy cuba menyampaikan maksud yang mummy bukan bawa Dhia ke sana untuk membeli gitar. Dhia menganggukkan kepala.

Sampai di kedai gitar ukulele, mummy berikan Dhia pegang-pegang dan tengok-tengor gitar yang ada. Sehingga Dhia puas hati.

“Dhia tak pandai lagi main gitar,kan? Kita tak payah beli gitar dulu ye? Atau nanti bila mummy ada duit lebih, kita beli gitar”. Dhia faham dan menunjukkan tanda setuju. Terus kami zaaaaas bawa Dhia pergi dari kedai itu.

Dhia memang jenis macam ni. Selagi tak dapat melihat dan pegang sesuatu yang Dhia nak. Selagi tu nak tahu dan nak tengok juga. Bukannya jenisnya nampak apa sahaja dan nak beli terus.

Bergantung juga cara kami kawalnya. Kadang-kadang, kami pun hilang kawalan untuk mencari idea macamana nak pujuk. Oh, bukan senang nak phyco  budak-budak ni.

Alhamdulillah, bila kita cakap elok-elok. Anak akan faham.

Dan, bila duduk sorang-sorang tu….teringat anak nak itu nak ini. Ada rasa simpati dalam diri mummy. Hari tisu kering kata orang ! Mencari jugalah gitar untuk anak-anak.

Tapi, idaklah ukulele tu..mak pak pun tak pandai main gitar..Nak ukulele apa ke mendanya…


Gitar kedai RM2 sudah !! Gitar gak ! hehehe
3 comments on "Dhia nak GITAR pulak !!"
  1. hahahah roomae chinese kc ada sorang ni ada ukulele. setiap malam gak dia main. best je dengar. ehehhee. btw okay la gitar RM2! daripada tak de kan ehehe

    ReplyDelete
  2. bagusnyaa Dhia dah ada minat main alat muzik... kite ada terbaca artikel anak2 yg suka dengan alat muzik ni dia agak bijak laa..cepat tangkap dalam pembelajaran.. sebab tu kalau perasan org cina dia hantar anak dia pi kelas muzik.. kalau dipikirkan logik, bukannya dia nak anak dia jadi ahli muzik pon..

    ReplyDelete
  3. comey gitar tu kak lynda...
    reen tag kak lynda kat sini
    http://www.mreena.com/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com