IPU TIDAK SIHAT DI KAJANG, NILAI SEREMBAN


KAJANG PERDANA JEREBU TERUK. BERAPA IPU KAJANG YE?IPU TIDAK SIHAT DI KAJANG, NILAI SEREMBAN


Jam 1.20 petang tadi, Kajang Perdana seakan-akan waktu pagi nan indah cuacanya. Hakikat? Ini ada udara yang tidak sihat. Pencemaran udara atau di kenali sebagai jerebu. IPU pada waktu ini, mummy tidak dapat kesan berapa bacannya. Mengikut http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php kawasan berhampiran dengan Kajang berhampiran iaitu Nilai dan Seremban bacaan IPU antara 104 -115. Boleh di simpulkan bahawa, bacaan IPU Kajang adalah tidak sihat juga!




Tips dan tindakan yang perlu kita ambil semasa JEREBU oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah:-

* Kurangkan aktiviti luar dan elakkan terdedah dengan udara yang kurang sihat

* Gunakan penutup muka, yang ni memang kita boleh pakai. Tapi, anak-anak kecil memang akan rimas memakai penutup muka (face mask).

* Pastikan persekitaran rumah bebas dari asap. Tak kiralah asap rokok atau asap pembakaran terbuka.

* Cuci tangan dan muka dengan air yang bersih berserta sabun. Atau senang pakai hand sanitize je,kan! 

* Banyakkan minum air masak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Yang ni...mummy memang CUKUP! hehehe.

* Bila memandu, gunakan penghawa dingin. Erm..kereta mummy lama dah tak pakai penghawa dingin. Kereta daddy je guna penghawa dingin. Tak apa, anak-anak kita bawa jalan-jalan naik kereta daddy aje!

Tak nak sakit langsung tu, memang mustahil,kan? Tapi, ada cara untuk elakkan sakit. Kita cuba elakkan. Lagi-lagi kalau anak kecil jatuh sakit! Kesian!! Mak pak pun terus tak ada mood! Contoh, anak kami. Beberapa hari lepas si Dzal pun tak sihat, cirit birit dekat 8 hari juga. Mummy nak join borak-borak Whatsapps, Telegram dan update blog pun terus tak ada mood.  

2 comments on "IPU TIDAK SIHAT DI KAJANG, NILAI SEREMBAN"
  1. dekat kuala lumpur pun dah tak nampak klcc..tapi sekarang hujan dah

    ReplyDelete
  2. hmmm kat melaka & seremban ni ha pun sgt teruk, linda.
    kelabu semcm suasana.
    skang ni terdgr guruh di langit.
    kalau ujan, ok kot skit jerebu ni :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com