Kenduri Aqiqah Ariq Azshah


Kenduri Aqiqah, Berendoi, Cukur Jambul Ariq Azshah

Selesai Majlis Berendoi Cukul Jambul dan Aqiqah Ariq Azshah. Bertemakan warna HIJAU ...sejuk mata memandang. Selalunya kalau majlis lelaki ini sinonim dengan biru je kan ! 


Malam sebelum majlis berendoi, cukur jambul dan aqiqah esok hari nya. Kami anak beranak posing dulu di pelamin Ariq. Sedondon pakai tshirt The Simpson Mak dan anak-anak. 






Bagus Ariq ni tau! duduk diam aje dalam buaian tu. Sedap dengan alunan memuji Allah s.w.t. Syok menghayati lah tu! kumpulan berzanji, marhaban ini memang terbaik. Lagu puji-pujian juga sedap di dengari oleh halwa telinga !




Jiran-jiran mak dari Subang pun turut sampai ke Kajang. Dari jauh datang! Terima kasih semua datang ke majlis ini! eh..eh..eh..dah mummy ko lak macam tuan rumah,ye!


Ni pulak Aunty Ani dan Aunty Ri, mak sedara mummy (sepupu Tok Mak). Lama tak berjumpa. Yang selalunya berjumpa di alam maya sahaja ;)


Antara paling anak-anak suka ke sini..ialah sebab ada aiskrim. Tak ada limit !! Dhia pandai keluar masuk...keluar masuk ambil aiskrim berkali-kali ! dasat..tak dasat lah anak daraku ini ! Sakan makan aiskrim !







Macam-macam menu ada ! ! Paling best beriyani kambing dan nasi beriyani yang mak masak,lah kan! 

Di doakan agar Ariq jadi anak soleh dunia dan akhirat! Mummy je tak buat lagi aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Insyaallah, akan di segerakan ! 





6 comments on "Kenduri Aqiqah Ariq Azshah"
  1. cantiknya pelamin dia..macam pelamin bertunang plak dah...hui zaman sekarang majlis akikah besar2 kan

    ReplyDelete
  2. amboi pelamin, kalah pelamin pengantin.. heheheee
    cantik!

    ReplyDelete
  3. yes. cantik pelamin nyer.
    hijau...
    nyaman mata memandang :)

    ReplyDelete
  4. untung budak-budak sekarang..
    pelamin cantik-cantik design.. hehehehe.. :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com