AJLAA VILLAGE RESORT HULU LANGAT UNTUK SEISI KELUARGA BERCUTI, BERIADAH, BERKELAH DAN MEMANCING


AJLAA  VILLAGE RESORT CAMP HULU LANGAT TEMPAT RIADAH SEKELUARGA UNTUK BERKELAH, BERCUTI DAN MEMANCING. 

Hujung minggu hari yang di tunggu-tunggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Seperti biasa projek ipar duai mummy kali ini ialah beriadah, berkelah sambil memancing. 


Anak-anak dah faham dah, kalau dah bagitahu siap-siap tempat nak berjalan. Aktiviti dorang dalam macam kereta macam biasa makan, minum, breastfeeding dan terus tidur. 


Bila tiba tempat yang di tujuinya itu, enjin kereta mati sahaja mesti masing-masing akan sedar ! Serupa gak mummy kecik-kecik macam tu. Tidur dalam kereta tu paling best. Lagi jauh perjalanan, lagi lama dapat tidur !!

Ajlaa Village, Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Sementara daddy turunkan barang-barang pancing, makanan dan barangan anak-anak. Mummy dan anak-anak bergambar dahulu di sekitar Ajlaa Village, Pangsun, Hulu Langat, Selangor.





Terletak di atas bukit yang tinggi, Ajlaa Village, Pangsun, Hulu Langat, Selangor mempunyai kawasan persekitaran yang cantik dan sangat tenang.


Chalet Kayu Atas Air Ajlaa Village, Pangsun, Hulu Langat, Selangor memudahkan para bapa untuk melakukan aktiviti memancing dan dalam masa yang sama dapat bersama berkelah dan beriadah dengan keluarga





Daddy paling bertuah hari ini, dapat bawa naik 2 ekor Ikan Patin terus ! Style memancing daddy dan uncles Dhia untuk hari itu ialah "CATCH AND RELEASE" tangkap dan lepas.



Walaupun Dhia agak geli dengan ikan. Tapi, Dhia tetap nak tengok dekat-dekat. Dan selepas itu......jerit kuat-kuat "GELI" !!!


Batman kalau keluar siang hari...gini rupanya.hahahaha. 




Aktiviti berkelah dan aktiviti makan ! Kemudahan plug yang banyak nak bawa alatan masak berelektrik pun boleh ! Sempatlah Mak Yang gorengkan nugget, kentang dan samosa untuk kami semua. Terima kasih Mak Yang masak untuk kami. Tak lupa juga banyak-banyak Terima Kasih buat Pak Abang dan Cik Ili yang menaja kami ;) ;)


Dah mancing di sekitar belakang Chalet. Daddy bertukar tempat memancing di kawasan depan Chalet Ajlaa Village.




Dapat Ikan Rohu besar kali ini. Anggaran berapa kilo mummy kurang pasti. Mungkin 4kg kot ! Seperti biasa agenda hari ini "CATCH AND RELEASE". Semua ikan yang kami dapat semua di lepaskan. 





Memang puas hati daddy memancing di sini. Semua yang datang memancing, boleh di katakan dapat banyak ikan. Kalau dapat bawa balik ke rumah, boleh buat stok seminggu !!



Nak rasai kehidupan kampung sebenar, boleh pilih Chalet Kayu Atas Air yang mempunyai tandas dan tempat mandi di luar serta kemudahan membasuh kain baju.


Ada terdapat pelbagai pilihan resort di Ajlaa Village Resort Camp untuk keterangan lanjut. Boleh hubungi:

Telefon : 017-2931955
Batu 22, Pangsun, Jalan Hulu Langat Selangor 
9 comments on "AJLAA VILLAGE RESORT HULU LANGAT UNTUK SEISI KELUARGA BERCUTI, BERIADAH, BERKELAH DAN MEMANCING"
  1. memang pancing x bole bawa balik eh hasilnya?

    ReplyDelete
  2. Bestnya tempat ni...terapung gitu..

    ReplyDelete
  3. alahai geram plak tgok ikan tilapia merah tu ha....kenapa x leh bawak balik? kalau buat bbq kat situ bleh x?

    ReplyDelete
  4. syok nya..yoorin bgtau asben semalam masa lin share gambar.. dia tak caya kat pangsun ada tempat macam ni..huhuu..ingat ada sungai dengan air terjun je.. brapa harga chalet tu? boleh tido ea

    ReplyDelete
  5. PCL : boleh, kira timbang lain nanti

    Ummul : best..jom datings reramai sini

    YB: best sangat !!

    KAk AManda : boleh bawa balik kak ikan tu, casnya lain. BBQ pun boleh

    Yoorin: chalet ni RM120 semalam

    ReplyDelete
  6. bestnyerrr geram plak tgk... ternampak ada org post kat fb chalet ni... search google jumpa blog ni... heheheh... yg rm120 tu yg atas air ke? ke harga dia berbeza? rasa nak gi lah...

    ReplyDelete
  7. wah...cantik tempat nye...kami mmg nk buat reunion di sana...tp nk th harga bilik,mkn,bbq n permainan...ade ke...brp angaran seramai 50 dewasa 20 kanak2.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com