Dah expired Body Shop Limited Collection For Eyes

  

Antara koleksi make up yang paling sayang dan paling suka. Koleksi dari Body Shop ini sesuai untuk mummy sangat yang suka dengan all-in-one dalam satu bekas. The Body Shop Limited For Eyes ini mengandungi eye color / eyeshadow, berus untuk pakai eyeshadow dan pencil untuk mata / Eye Definer.


Siap ada tutorial di belakang bekas The Body Shop Limited For Eyes. Almaklumlah, mummy bukan pandai nak bersolek sangat! Cara pakainya mudah no.1  warna putih (based) di pakai untuk asas di kelopak mata, dan sapukan pula warna no.2 untuk 2nd based. Manakala no.3 dan 4 pula untuk di highlightkan di bahagian mata.  Dan seterusnya gunakan pensil.

Jangka hayat alat solek The Body Shop Limited For Eyes adalah 2 tahun (24bulan) sahaja. Sobs!! Dah nak expired rupanya !


Warna koleksi ini natural, boleh di padankan dengan pelbagai jenis pakaian. Alat solek yang di ilhamkan oleh The Body Shop dan University of the Arts London Collage of Fashion. Tak sempat habis pakai, dah hampir expired ! Padan muka !! Sapa suruh sayang sangat nak pakai,kan...hahaa. Warna silver tu kurang, sebab pecah anak bawa main.

Kesimpulannya, lain kali pakai je sampai habis barang make up. Jangan nak sayang sangat!
 
4 comments on "Dah expired Body Shop Limited Collection For Eyes"
  1. Barangan kosmetik memang ada expiry date, itu yang sesetengah orang tak tau. Farah pernah kongsikan di dalam entri Farah dahulu di Bubblynotes.Com... Memang betul, ealaupun mahal macam mana pun kosmetik tu, jangan sayang nak buang kalau dah sampai tarikh luput...

    ReplyDelete
  2. Tudiaaa geng ni...suka tau tgk alat makeup...ye skena guna sampai habis jgn syg sgt sebab kena syg kt muka lagi penat dh beli tp x pakai kan hehehhe...alaaa tergodaaa laaa tgk makeup comel ni

    ReplyDelete
  3. hehehehe.. ain punya make up hantaran kawin dulu pun buang je.. tak guna2 sampai dah expired... *nangis laju-laju*

    :(

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com