Dhia Sakit Telinga


Dhia Batrisya dah lama mengatakan telinga sakit. Mulanya. .memang kami risau dan bulan puasa hari tu half day kerja. Terus ke KLINIK TELINGA HIDUNG DAN TEKAK di Sg Chua Kajang. Susah nak jumpa ENT Klinik di Kajang. Puas Google sana sini. Klinik ini sahaja di jumpai. Bulan puasa kami sampai dlm 3 Petang di Klinik ini. Tapi !! Pendaftaran dah tutup. Kata nurse bertugas,  bulan puasa lepas pukul 2 petang kita ambil 10 pesakit sahaja. Bagus doktor sini..Jaga staff. Tak bagi balik lewat. Tapi, masalah pada kami yang tengah dalam emergency. Sudahnya kami ke klinik pakar kanak-kanak Annur di Bangi. Paed kata tiada apa-apa telinga Dhia. Hanya berbekalkan paracetamol dan ubat selsema. Lega mendengar berita itu !! Kami pun balik. 

Selepas beberapa bulan...

Semalam ibu (BS) Dhia What'sApp mummy beritahu telinga Dhia berdarah. Oh..itu biasa !! sbb Dhia suka korek dan garu. Tapi, bila ibu kata Dhia menangis tak berhenti dan cakap sakit. Terus zaaas mummy keluar ofis. Dalam masa yang sama, telefon daddy. Tak berangkat!!. Daddy 2 hari tak ada rumah. Kene standby 2 malam di tempat kerja (48jam). Bila daddy tak angkat telefon. Bermakna. .  mummy kene buat keputusan sendiri. 


Ok..ambil Dhia terus bawa ke klinik kerajaan !!  Dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kajang..daddy called surah bawa ke ENT Klinik Sg Chua. Berat sebenarnya nk ke sana. Sebab dah ada pengalaman. Atas arahan suami, mummy akur !! 

Sampai di ENT Kajang dalam 4.15 petang.  Mereka tidak ambil pesakit lagi. Pendaftaran akhir 4 petang dan klinik akan di tutup pada jam 5.30 petang. Patah balik ke Klinik Kesihatan Kajang !! Rasa macam nak naik angin. ..tapi. .sabar tetap kene sabar.


Jam 5 petang selesai pendaftaran di Klinik Kesihatan Kajang. Alhamdulillah. Klinik ini sekarang tutup 9 malam. Mudah mummy rasa..Lagi pun tak jauh dari rumah.


Tak lama menunggu giliran selepas waktu pejabat ni. Mungkin pesakit yang datang appointment telah di tetapkan datang pada waktu yang awal. Lega mummy !! Dalam 5.30 petang terus masuk bilik doktor. Doktor ini pandai ambil hati Dhia. Langsung Dhia tak nangis bila kene check telinga. Kalau di rumah sakan menangis bila kami nak cek telinga.


Memang saje mummy duduk belakang Dhia. Tak nak Dhia nampak muka mummy waktu doktor check. Nampak Dhia matang juga di situ. Doktor tanya sakit ke gatal. Dhia jawab sakit. Dan doktor tanya lagi telinga mana sakit. Dhia tunjuk telinga kanan. Bila doktor check telinga kanan Dhia macam gegendangnya ada terkoyak sedikit. Manakala telinga kirinya bengkak. 


Kesimpulannya...Jika anak sakit pada benda yang kita tak nampak dan tak boleh rasa. Kene pergi pada 2 klinik sekurang-kurangnya. Sekarang, memang mummy akui kesilapan kami. Bila doktor kata tak ada apa-apa. Kami senyapkan sahaja. Walaupun Dhia kata gatal ke sakit. Kami anggap mungkin tahi telinga banyak. Tolong bersih dan letak minyak sahaja. Sekarang..tetiap malam Dhia akan garu telinga. ..Mungkin gatal bercampur sakit. Hrm.....Sekarang dah berair dan berbau telinganya .



Kes Dhia kene refer Hospital. Untuk pastikan apa punca dan apa yang berlaku. Isnin nak ke Klinik Pakar Hospital Serdang. Entah boleh jumpa pakar terus ke kene buat appointment dulu. Tak sabar nak tunggu siang. Nak telefon Hospital Serdang. 

Anak tak sihat...mummy tak boleh tidur. Rasa bersalah....


5 comments on "Dhia Sakit Telinga"
  1. mujur dhia dah petah bercakap & behave.. pandai dia cakap sakit.. alhamdulillah.. actually kalau nak ke klinik biasa, make sure tanya doc ada tak specialist bahagian tertentu.. kalau e&t selalunya dia akan scan telinga..so terus tau punca.. klinik biasa ni macm biasa lah, ubat tahan sakit, & ubat demam.. mujur ke klinik gov terus dapat surat pegi pakar.. moga cepat sembuh dhia..

    ReplyDelete
  2. Alahai ciannya dhia.. Moga cepat sembuh sayang..

    ReplyDelete
  3. Moga Dhia terus diberi kesihatan baik yg berpanjangan...

    ReplyDelete
  4. alamak! baru aida teringat.
    syuhada pun pernah dpt surat refer dari sekola utk dia ke pakar telinga.
    baru teringat la!!!
    hadoi... nak kena bwk dia segera ni.

    ReplyDelete
  5. Berapa ye kalau bayaran dia?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com