Pemenang Augerah Planet Muzik 2015 #APM2015

Anugerah Planet Muzik 2015 #APM2015 malam tadi yang bersiaran secara langsung terus menerus...


Anugerah Planet Muzik 2015 #APM2015 malam tadi yang bersiaran secara langsung terus menerus dari Suntex, Singapura. Anugerah ini melibatkan anugerah untuk artis di beberapa buah negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Mummy hanya menonton di siaran ASTRO RIA HD 123 untuk menyaksikan persembahan lagu dan pemenang anugerah itu. Ikon Media Sosial di menangi oleh Artis Singapura, Taufk Batisah yang terkenal dengan lagu "awak kat mana".


Duo Kumpulan Terbaik di anugerahkan kepada Artis Indonesia, Rossa dan Afgan- Kamu yang ku tunggu. Lagu ini memang sangat sedap !! Mummy suka sangat !!




Bila di senaraikan pencalonan untuk Kolobrasi Terbaik Artis, sememangnya mummy pilih Cakra Khan dan Dato Siti Nurhaliza- Seluruh Cinta . Sekali...tekaan mummy betul !!


Pertama kali mendengar dan melihat persembahan artis baru ini dendangkan lagu di Majlis Anugerah Planet Muzik. Suara artis baru ini, Elizabeth Tan memang sedap !! Yang sebelum ini mummy memang tak pernah kenali artis wanita ini. Dah sememangnya baru,kan !! Mestilah tak berapa kenal lagi.

Keputusan Penuh Untuk Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015
Anugerah Khas Planet Muzik 2015
  • Allyarham A. Ramlie & The Rythmn Boys
Lagu Terbaik Malaysia
  • Assalamualaikum- Faizal Tahir
Lagu Terbaik Indonesia
  • Terlalu Lama Sendiri- Kunto Aji
Lagu Terbaik Singapura
  • Iman League’s ft Lion Story- Lisa
Anugerah Rentas Planet
  • Anggun
Artis Terbaik Wanita
  • Raisa- Jatuh Hati
Artis Terbaik Lelaki
  • Judika- Apakah Ini Cinta
Band Terbaik
  • Iman League’s ft Lion Story- Lisa
Lagu Paling Popular APM
  • Taufik Batisah- Awak Kat Mana
Artis Paling Popular APM
  • Fatin Shidqia Lubis
Ikon Media Sosial
  • Taufik Batisah
Duo Kumpulan Terbaik
  • Rossa dan Afgan- Kamu yang ku tunggu
Kolobrasi Terbaik Artis
  • Cakra Khan dan Dato Siti Nurhaliza- Seluruh Cinta
Kolobrasi Terbaik Lagu
  • Sezairi- Jangan Coba Berlari
Artis Baru Lelaki Popular
  • Kunto Aji- Terlalu Lama Sendiri
Artis Baru Wanita Popular
  • Elizabeth Tan- Knock-knock
Artis Paling Popular Singapura
  • Taufiq Batisah
Lagu Paling Popular Singapura
  • Awak Kat Mana- Taufik Batisah
Tahniah Taufik Batisah 4 anugerah yang telah di menangi oleh beliau malam tadi. Tahniah juga kepada semua pemenang !!!

You Might Also Like

1 comments

  1. sy cuma suka tengok jihan je dalam event ni. hehe

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda