Rawatan untuk Anak Kerap Menangis

Alternatif Rawatan rawatan di rumah untuk Anak Kerap Menangis


Anak kecil yang kerap menangis akan membuatkan Ibubapa resah dan gelisah kerana anak kecil ini tidak pandai berkata apa-apa. Lapar, dahaga, penat, nak tidur akan di komunikasikan melalui tangisan. 

Kadang kala ada juga tangisan di sebabkan oleh masalah lain seperti tidak sihat, kembung perut dan sebagainya. 

Bagaimana pula jika tangisan itu lain dari yang lain? 

Boleh cuba rawatan alternatif di rumah sendiri dengan:-

1.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. 

2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. 


3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

6.Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Jika di dapati anak kecil mempunyai simptom seperti di atas. 


1. Dengan membaca surah al fatihah, ayat kursi, annas dan al falaq. hembus pada ubun-ubun bayi sebanyak 3 kali, atau

2. Bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali), atau

3. Ayat kursi, al fatihah, al kafirun, al ikhlas, al falaq dan annas.

Kami pernah cuba cara ini ketika anak dalam pantang. Yang kadangkala menangis tak semena-mena pada waktu tengah malam. Memang berkesan!

Sumber: Google 


4 comments on "Rawatan untuk Anak Kerap Menangis"
  1. good info sis,tq.singgah & follow.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih sis sudi share, In shaa Allah ada anak nanti boleh amalkan.

    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com