TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN, IBU TERJUN BANGUNAN

 TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN, IBU TERJUN BANGUNAN

Mummy selalu kongsikan gambar-gambar EBM (susu perahan) di media sosial tanda sokongan pada ibu di luar sana yang sedang menyusukan anak dengan susu badan. Bila ada supporter, kita akan lebih yakin dan mampu menyusukan anak. Insyaallah dengan izinNYA.

Nak kata mummy arif tentang penyusuan badan ini, memang tidak ! Masih dalam proses belajar untuk menjadi yang terbaik setiap hari. Dan.. cuba kongsikan pengalaman yang ada bersama BF mom di luar sana.

Riak ?? Pernah juga terbaca kritikan-kritikan orang di luar sana yang mengatakan BF mom yang suka tunjuk susu yang di pam itu adalah riak. Terpulang pada pendapat masing-masing. Sebenarnya, supporter amatlah penting bila kita menyusukan anak. Penting untuk penghasilan susu dan elakkan diri dari stress !!

Berita semalam (dari Star Online) terbaca dari facebook kenalan blogger, Syafiera tentang seorang ibu muda terjun bangunan kerana stress tidak dapat menyusukan bayinya dengan susu badan.

Kalau boleh jangan sampai jadi macam ini, dalam facebook dan kelas privasi ada banyak kumpulan penyususan yang boleh support jika betul-betul nak susukan anak secara ekslusif.

Mummy rasa mungkin ada faktor lain mengganggu fikiran orang sedang berpantang ini. Wallahualam.......


Berita secara penuh dari MYNEWSHUB.CC :-


KECEWA tidak mampu memberikan susu badan kepada anaknya, seorang wanita bertindak drastik dengan terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Bangsar South.

Wanita terbabit yang baru sahaja 10 hari melahirkan anak dikatakan amat tertekan dengan keadaan tersebut sehingga memaksa dirinya mengambil jalan mudah.

Memetik laporan The Star Online, wanita yang dipercayai seorang akauntan berusia 30 tahun itu telah menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah untuk diberikan susu selepas bayinya itu menangis dan masuk ke dalam bilik.
Semasa di dalam bilik dia dipercayai nekad terjun sebelum mayatnya ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Mansor berkata, mengikut keterangan pembantu rumah, sebelum kejadian majikannya itu sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dia dipanggil untuk mengambil anaknya dan diberi makan.

Wanita itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan tidak mampu menghasilkan susu badan untuk menyusukan anaknya.

“Pembantu rumah itu membawa bayi masuk ke dalam bilik lain dan memberikannya susu. Apabila datang kembali untuk menyerahkan bayi, dia tidak menjumpai majikannya itu,” kata ACP Sharul.

Menurut beliau lagi, pembantu rumah itu dikatakan baru bekerja selama dua minggu manakala suaminya berada di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada masa kejadian.

Difahamkan, ibu si mati telah datang melawatnya dan bayi sehari sebelum tragedi itu.

“Menurut kata si suami, isterinya berada di bawah tekanan kerana tidak dapat menyusukan bayi dan menyatakan bahawa dia bosan apabila hanya duduk di rumah kerana tiada kerja yang boleh dilakukan,” katanya.

Polis mengesahkan tiada unsur unsur jenayah dan mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. 
1 comment on " TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU BADAN, IBU TERJUN BANGUNAN "
  1. betul tu, sokongan dari orang sekeliling dpt bantu elak ibu stress.. bila stress, susu pun payah nak kuar..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com