TIPS PEMBERSIHAN BAJU DAN HINDARKAN KOTORAN DEODORANT PADA PAKAIAN TERUTAMA DI BAHAGIAN KETIAK.


TIPS PEMBERSIHAN BAJU DAN HINDARKAN KOTORAN DEODORANT PADA PAKAIAN TERUTAMA DI BAHAGIAN KETIAK.

Masalah baju kotor di bahagian lengan dan ketiak selalunya tidak dapat di bersihkan dengan sempurna dengan cucian biasa. Kotoran di baju bahagian ketiak ini selalunya di sebabkan oleh peluh atau kesan deodorant. Bila cucian pakaian tak bersih sempurna, mesti runsing!!

Jangan runsing-rusing…Disini, mummy nak kongsikan tips pembersihan baju yang disebabkan peluh dan deodorant :-

1. Alkohol
Sapukan sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran itu degil, boleh sapukan dahulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu. Biarakan beebrapa minit dan bilas kain tersebut.


2. Cuka 
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.


3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)
Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat.

4. Baking soda dan air
Untuk menghilangkan kotoran dan kuning ketiak di baju, boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.


5. Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.


6. Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

Selain itu, mummy ada juga TIPS UNTUK HINDARKAN KOTORAN DEODORANT PADA PAKAIAN TERUTAMA DI BAHAGIAN KETIAK.


Deodoran adalah peneman setiap orang untuk mengelakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tapi, deodorant kadangkala meninggalkan kotoran degil di pakaian (bahagian ketiak). Di sini mummy ada tips untuk elakkan kotoran deodorant melekat ke pakaian :-

1. Gunakan deodorant hanya dalam sapuan yang tipis dan tunggu hingga ia benar-benar kering sebelum mengenakan pakaian. Bagi mempercepatkan pengeringan, angkat lengan tinggi-tinggi di bawah kipas angin atau gunakan fitur cool pada blow-dryer.

2. Sekiranya terpaksa menggunakan deodoran setelah berpakaian lengkap, elakkan ianya tidak terkena pada bahagian dalam baju.

3. Pilih deodorant berbentuk semburan dan gel kerana jenis ini cenderung untuk tidak meninggalkan bekas yang terlalu kentara.

4. Sebagai ganti deodorant, sapukan minyak pati (essential oil) pada ketiak untuk mencegah bau yang kurang enak. Selain itu, boleh menggunakan bahan semula jadi seperti tawas. Mak saya dari kecil tak di ajar gunakan deodorant. Hanya memakai TAWAS sahaja.

Selamat mencuba ye, kawan-kawan ! ;)
4 comments on "TIPS PEMBERSIHAN BAJU DAN HINDARKAN KOTORAN DEODORANT PADA PAKAIAN TERUTAMA DI BAHAGIAN KETIAK."

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com