Vaksin suntikan TIDAK HALAL

Benarkah Vaksin suntikan di Malaysia ini TIDAK HALAL ?Vaksin suntikan TIDAK HALAL


Beberapa minggu lepas banyak viral di media sosial tentang isu vaksin suntikan antivaksin di Malaysia tidak HALAL dan mempunyai kesan sampingan. Mummy dah mula risau juga, kerana semua anak-anak mummy mengambil vaksin.


 Vaksin suntikan TIDAK HALAL 
Setelah mendapat pengesahan dari Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya mengatakan vaksin yang di berikan kepada bayi di Malaysia TIDAK MENGANDUNGI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) khinzir. Mummy dah mula lega !!

Statistik menunjukkan bahawa ibubapa di negeri Kedah yang kebanyakannya memilih untuk tidak vaksinkan anak. Mereka cenderung memilik kaedah alternatif lain.

  Dan, satu lagi isu dari Kementerian Kesihatan berkenaan kekurangan vaksin (5) lima serangkai. Pihak KK mengatakan stok vaksin amat terhad pada masa kini. Berikutan masalah daripada pihak pengeluaran vaksin (suppliers). Pihak Kementerian Kesihatan menyarankan supaya ibubapa patuhi waktu temujanji untuk mengelakkan kesulitan. 

Mummy dapat tahu hal kekurangan stok vaksin ini dah lama, masa nak vaksinkan Dzal Aidi beberapa bulan yang lalu. Kebetulan Dzal Aidi demam dan tidak dapat ke temujanji yang di aturkan oleh Kementerian Kesihatan Kajang. Bila nak buat temujanji lain, dapat tarikh 3 minggu akan datang. 

Mummy tak mahu tangguh lagi waktu vaksin. Terus ambil keputusan untuk vaksinkan di klinik swasta. Malangnya, kebanyakan klinik swasta tidak mempunyai stok vaksin 5 serangkai. Mummy tak patah semangat, mencari juga klinik swasta di sekitar Kajang untuk di vaksinkan Dzal Aidi pada hari yang sama. Nasib baik dapat juga jumpa dengan klinik yang mempunyai stok. Itu pun tinggal 2 sahaja stok mereka !!
5 comments on "Vaksin suntikan TIDAK HALAL"
  1. makin keliru masyarakt kita tentang isu ni..

    ReplyDelete
  2. Anak saya pun diberi vaksin..saya tak nak la tanggung risiko..memang kat fb banyak yang sebarkan keburukan beri vaksin pada anak tapi terpulang pada pendapat masing2..kita ibu bapa dah tentu nak yang terbaik untuk anak kita..

    ReplyDelete
  3. Aflah pun terlibat dengan vaksin yang tak ada stok ni. Cucuk 2 bulan drag ke umur 3 bulan.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang keliru..malas nak cakap banyak nanti kena hentam..tp ada beza anak yang dapat vaksin dengan yang x dapat vaksin..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com