114 Aktiviti dan Pemainan Kanak-kanak Zaman Dahulu

ANTARA 114 AKTIVITI PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU DAN JARANG DI PRAKTIKKAN PADA ZAMAN KINI 1. Tangkap ikan puyu dan tangkap berud...

ANTARA 114 AKTIVITI PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU DAN JARANG DI PRAKTIKKAN PADA ZAMAN KINI


1. Tangkap ikan puyu dan tangkap berudu. Mummytangkap berudu depan sungai rumah!

2. Main konda kondi
*Mummy pernah main permainan ni !

3. Roundes
Mummy pernah main permainan ni !

4. Ais Kepal
*Mummy pernah main permainan ni !

5. Baling selipar
*Mummy pernah main permainan ni !

6. Laga ikan

7. Main bola pakai pen ber'spring'

8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik.

9. Tekap lukisan pakai minyak masak

10. Galah panjang
Mummy pernah main permainan ni !

11. Main terup tampar siapa terbalik kalah

12. Main guli
Mummy suka permainan ni !

13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah)

14. Layang-layang buat pakai surat khabar
haha..mummy lah ni ! Mummy suka buat ni !

15. Letak cermin di kasut skodeng cikgu pakai skirt dan teka warna seluar dalam.

16. Main tetris

17. Game pakai catridge main Supermario.
Mummy main buat ni !

18. Aerial TV letak tudung periuk

19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi

20. Tangguk ikan di tali air.

21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.

22. Tangkap belalang kunyit di rumput.

23. Cari rumput jarumas di padang.
*Mummy suka buat ni !

24. Tanya mentadak macammana orang lain tidur. *Mummy suka buat ni !
 
25. Tangkap pepatung.

26. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih
*Mummy suka buat ni !

27. Main judi tikam di kedai runcit *Mummy suka buat ni ! 

28. Minum air oren setiap kali raya *Mummy suka buat ni ! 

29. Pekena kawan dengan perangkap lubang dalam tu ada taik kita. Buat lubang dulu dan tutup dengan ranting rapuh dan baru letak tanah sikit-sikit bawak kawan sampai terjeblos dalam lubang.

30. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi

31. Ken Follet jenama kegilaan remaja

32. Tak dengar Nirvana tak cool

33. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack

34. Main meriam pakai tin Ridsect

35. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson

36. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron.

37. Pancing ikan pakai cacing tanah

38. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. Ada "monyet" yang main air percikan tu.

39. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga.

40. Berdiri atas kerusi dan meja
Mummy pernah kene ni !

41. Kena berdiri di luar kelas bila awek yang kita suka lalu, terus cover macam sedang melukis pemandangan luar kelas.

42. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker

43. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life)

44. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang.
*Mummy suka buat ni ! 

 45. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya.

46. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma.

47. Tiap-tiap hujung tahun  bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata.
*Mummy suka buat ni ! 

48. Majalah paling best URTV dan Majalah Mangga. Mummy siap hantar gambar di ruang berkenalan, lepas tu dapat banyak surat sampai ke rumah. Membalas lah surat-surat tu fefeling artis ! kah !

49. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod.
*Mummy suka buat ni !

50. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki.

51. Rapers sikit sahaja mesti pikul mini-compo baru rapers

52. Rockers mesti seluar getah ketat dengan rambut panjang ganas tapi lagu jiwang berlendir.

53. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta
Hahaha..kan !  

54. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE.

55. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan dengan mak.

 56. Kalau merayap petang-petang sampai senja tak balik-balik nanti kena sorok hantu kopek.

57. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air.

58. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh.

59. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya

60. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku.

61. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap.

62. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang.

63. Tulis surat cinta mesti letak bedak.
haha..mummy lah ni ! Mummy suka buat ni !

64. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas".
haha..mummy lah ni ! Mummy suka buat ni !

65. Tak sabar nak besar kerana ruangan MENCARI KENALAN di URTV kebanyakan semua lagi tua dari kita. Susah nak cari makan.
66. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama.

67. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais.
Mummy pernah pakai ni !

68. Makan ayam planet (ayam rangka goreng).

69. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin

70. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice

71. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom.

72. Dulu ada penpal
Mummy buat ni !

73. Main baling tin Mummy suka buat ni !

74. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan.

75. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan.

76. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa

77. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun.

78. Tak puas hati dengan senior yang buli suruh basuh baju, bilas seround spendar dia dalam air longkang belakang kantin. Lepas tu dia kena kurap

79. Rewind cassette pakai pen
Mummy suka buat ni !

80. Walkman sebesar kotak tissue pun ada.

81. Jemur battery walkman yang dah lemah.

82. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika.

83. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut

84. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai.

85. Nak pilih persatuan di sekolah mesti ushar awek kita syok tu pilih persatuan apa kemudian kita follow.

86. Paling sosial pun nak ajak awek jumpa ialah "jumpa kat library balairaya petang ni". Itupun pakai surat. Bila dah jumpa dalam library cuma tanya "Awak suka makan apa?warna kegemaran? air kesukaan? nombor kesukaan?" kemudian balik dengan hati berbunga-bunga.

87. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnan sendiri.

88. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar.

89. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir

90. Suka tengok Sekapur Sireh kerana ada Mat Zimbo dan Christin Ling itu sangat comel masa itu. Nurfarahin Jamsari pun masih muda lagi.

91. Filem dipanggik kodak.

92. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik.

93. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap.

94. Bangga kalau dapat beli jam Boy London.

95. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know?
Mummy tak tahu ni !

96. Dalam kelas main Capteh

97. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman

98. URTV mesti banyak gambar artis tayang dada

99. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar.
TMnet !

100. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin.

101. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju.

102. Main tudung oren
Mummy suka buat ni !

103. Yang perempuan main batu seremban
Mummy suka buat ni !

104. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion

105. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA.

106. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris.

107. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone.
kan !! Mummy pun suka buat ni !

108. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi.

109. Kad Raya mesti gambar masjid

110. Main tengteng (jengkek)
Mummy suka buat ni !

111. Makan Ice cream pop.  hisap dari bawah

112. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat.

113. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh.

114. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan.
Mummy suka buat ni !

Mummy ada lebih kurang 33 dari 114 antara aktiviti dan permainan yang kerap mummy lakukan semasa zaman kanak-kanak dahulu. Zaman tak ada gadget kan ! Dah besar sekolah menengah baru ada komputer ! 

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda