Ada Buaya di Port Dickson

KEHADIRAN BUAYA DI PANTAI PORT DICKSON Semalam ramai kawan-kawan bercuti ke Port Dickson ...


KEHADIRAN BUAYA DI PANTAI PORT DICKSON


Semalam ramai kawan-kawan bercuti ke Port Dickson dan semalam juga ada viral tentang kehadiran buaya di Port Dickson. Seriau mummy dengar berita itu !!


Gambar kedua dari group kawan-kawan. Masyaallah besar juga buaya ini ye ! Mummy pun takut nak mandi laut kalau dapat tahu ada buaya. Erm..apatah lagi pengunjung di Post Dickson. Betul tak?

Adakah benar terdapatnya buaya di Port Dickson?



Mummy terima berita dari kawan mummy, Suria Amanda whatsapp gambar di atas. Rupanya.... kenyataan ada BUAYA DI PORT DICKSON itu tidak benar sama sekali !! 

Mummy pelik sangat, kenapa kita perlu viralkan keburukan negara sendiri? Seakan-akan tak suka pada Malaysia ! Kalau rakyat ada sifat macam ini. Mummy yakin, matawang kita pun tidak akan naik ! Sepatutnya kita kene mengajak orang luar datang ke Malaysia. Bukan menakutkan pelancong luar datang ke Malaysia !

You Might Also Like

6 comments

  1. takut juga kalau bawa budak2 p mandi kan. nasib baik berita ni palsu ja.

    ReplyDelete
  2. ada aje pihak yang tidak bertanggungjawab nak cari populariti murahan macam ni kan...kesian pengunjung..ada yang terpaksa batalkan percutian akibat takut risiko ni....dan dah ramai juga tanggung kerugian...

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni kalau dengar beritak pelik-pelik tak boleh percaya terus. Kena sahihkan dulu sebab makin ramai yang suka bawa khabar angin

    ReplyDelete
  4. apa la ekk.
    sian pd jadi mangsa viral ada buaya!
    menakutkan org.
    da le pd memang tumpuan org dtg mandi laut.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda