Adilkah Sistem 'Q' di KWSP Kajang


Apabila kaunter KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja penuh atau ramai pengunjung. Pihak KWSP akan menggunakan nombor giliran sementara ini sebelum berikan nombor giliran yang sebenar. 



Sistem 'Q' di KWSP Kajang

SISTEM MENUNGGU DI KWSP KAJANG.


Pengunjung perlu ambil masa yang agak lama juga untuk dapatkan nombor giliran yang sebenar. Lebih kurang 30-40 minit, pengunjung akan diberikan nombor giliran yang sebenar.

Selepas menerima nombor giliran yang sebenar. Tempoh menunggu tidak lama. Dalam lebih kurang 3 nombor sahaja. 

Mummy rasa, semua ini perkhidmatan yang tidak berkualiti. Pihak KWSP kononnya berjaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. Tempoh menunggu giliran kurang dari 30 minit.

Hakikatnya, mereka telah guna pakai cara pemberian nombor giliran yang lain sebelum di berikan nombor giliran yang sebenar. Semata-mata nak menjaga kualiti sistem 'Q' atau sistem beratur.

Adilkah sebenarnya?
2 comments on "Adilkah Sistem 'Q' di KWSP Kajang"
  1. Tak adil.. Entah la.. Ena ni kalau bab menunggu lama sangat ni memang tak suka.. Dan lagi sakit hati kalau kaunter sesuatu tempat tu buka satu je padahal org yang datangnya ramaii..

    ReplyDelete
  2. ntah apa2 diorang ni.
    da ada yg mudah, create lain yg susah kan org!
    komplen aje.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com