BANGI BOAT NOODLE MURAH DAN SEDAP


TEMPAT MAKAN MENARIK DI BANGI | BANGI BOAT NOODLE MURAH, SEDAP DAN CEPAT

Jangan tak tahu ! Bangi Boat Noodle pun ada jual Boat Noodle yang murah. Hanya RM1.80 semangkuk sahaja !! Pengunjung boleh memilih jenis mee samada bihun, Kuay Tiew atau Wanton. Kemudian pilih bahan yang di kehendaki bebola daging, hirisan ayam atau udang.





Selain itu, Bangi Boat Noodle juga menyediakan pilhan makanan lain seperti WESTERN MEALS BURGERS. Harga juga berpatutan serendah RM4.50.




Bangi Boat Noodle ada menyediakan tempat bermain untuk anak kecil. Sementara mak bapa datang makan. Anak-anak boleh bermain ! Anak-anak mesti tak boring !


Ini ialah menu pilihan mummy. Wantan Prawn dan Bihun Daging !




Nak pedas? Boleh tambah sendiri cili kering atau cili api. Mummy pilih untuk tambah cili api potong. Memang terangkat !!


Konsep order di Bangi Boat Noodle ialah konsep layan diri - self service. Beratur, ambil order dan bayar di kaunter. 

Harga mummy bayar untuk 2 mangkuk Boat Noodle dan 1 gelas air ialah RM8.60. Kalau nak jimat lagi, kene datang ramai-ramai. 8 mangkuk dapat 1 mangkuk PERCUMA.

Bagi yang nak cuba Bangi Boat Noodle ini, boleh singgah ke alamat ini:-

Bangi Boat Noodle
7 dan 9, Bangi Sentral (Belakang Komples PKNS Bangi)
Jalan Medan Pusat Bandar 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


7 comments on "BANGI BOAT NOODLE MURAH DAN SEDAP"
  1. Rajinnya Linda buat good hunting...Akak ni xde yg nak melayan..kalau ada pun mmg susah nak amik gambar

    ReplyDelete
  2. hmmmm murah!
    menarik ni linda...
    tapi tu la. kat bangi la plak :(

    ReplyDelete
  3. Yey, Bangi pun ada boat noodle. Dekat sikit, hiks :p

    ReplyDelete
  4. Tak sempat nak terjah lagi. Pada hal tak jauh pon dari rumah ☺

    ReplyDelete
  5. wahh kena datang cuba ni.. ni lain ye dari boat noodle yang femes tu?

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba..nti ke bangi nk tryla..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com