GEGAR VAGANZA 2 MINGGU KEENAM KENANGAN TERINDAH | SIAPA YANG AKAN TERSINGKIR?

GEGAR VAGANZA MINGGU KEENAM

Penyanyi Amir Ukays telah terkeluar pada minggu kelima Gegar Vaganza (GV2). Walaupun penyampaian Amir bagus dan mantap. Tapi, apakan daya. Sudah adat bertanding,kan? Ada yang menang dan ada yang tidak menang. Tapi, program cenggini bukan boleh aci ! Tetiba di akhir-akhir nanti ada kejutan pengambilan semula peserta yang telah tersingkir. Kan? Kita tunggu sahaja macamana nanti !

Tema Gegar Vaganza minggu keenam ialah KENANGAN TERINDAH ! Lagu-lagu yang akan dibawakan oleh peserta Gegar Vaganza 2 ini adalah dari lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh insan seni yang telah meninggal dunia. 

  • Aku Tidak Akan Bersuara (Nikki) - Siti NorDiana
  • Dimana kan ku cari ganti (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) - FarahDhiya
  • Cinta Melankolia (Ann) - Ezad Lazim
  • I'II be Be There ( Micheal Jackson)- Nasier Wahab
  • Patahnya Sayap Malam (Massa) - Haiza
  • Rindu Serindu Rindunya (Spoon) - Nizam Laksamana
  • Benci Tapi Rindu ( Diana) - Acong
  • Yang Tersayang - Salleh Yaakob / Raja Azura / Nabil / Jehan
  • Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika) - Azian Mazuan Sapuan

Gegar Vaganza minggu ke-6 ini...mummy pula yang berdebar ! Siapa pula yang akan tersingkir Gegar Vaganza minggu keenam ini, ye ? Harapnya, tiada penyingkiran di minggu ini.

Mummy sokong siapa, ya? Mummy sokong semua ! Tapi, yang paling mummy suka lagu Aku tidak akan bersuara dan I'll be there. Maka mummy vote untuk dua orang ini, Siti Nordiana dan Nasier Wahab ! 

Walaubagaimanapun, mummy ucapkan semoga berjaya untuk kelapan-lapan peserta Gegar Vaganza 2.

Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.

3 comments on "GEGAR VAGANZA 2 MINGGU KEENAM KENANGAN TERINDAH | SIAPA YANG AKAN TERSINGKIR?"
  1. Amboii akak... Kemain nengok tuu .. hehe

    ReplyDelete
  2. Nak jemput join segmen baru. Jom meriahkan sekali jom :)

    http://naurahnawwarah.blogspot.my/2015/11/segmen-jom-kenali-follower-anda-by.html

    ReplyDelete
  3. malam tadi tidur awal..tak tengok sampai habis.. tengok awal je..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com