#2015bestnine 9 Gambar Instagram azlinda.alin Mempunyai 66900 Likes

9 gambar Instagram azlinda.alin yang mempunyai 66,900 likes #2015bestnineonistgram #2015bestnine

Sebelum tahun 2015 melabuhkan tirainya, mummy throwback balik gambar-gambar tahun 2015 yang telah menarik perhatian rakan-rakan mummy di media sosial. Antara yang sempat mummy belek-belek ialah instagram. Nampaknya... gambar anak-anak, gambar dengan artis dan makanan telah mendapat perhatian rakan-rakan Instagram mummy. Antara 9 gambar  di Instagram mummy yang mempunyai likes terbanyak telah mummy trace melalui application #2015bestnineonistgram #2015bestnine iaitu sebanyak 66,900 likes mummy terima. Terima kasih pada yang sudi terjah Instagram Azlinda Alin

  

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang belum tahu tentang aplikasi untuk trace 9 gambar Instagram yang mempunyai likes terbanyak ini. Pada yang belum trace lagi, tapi nak trace 9 gambar instagram kalian. Bolehlah ke laman sesawang aplikasi ini : http://2015bestnine.com 

Salam Tahun Baru 2016 ;)


3 Video Dubsmash Dengan Anak-anak


Dubsmash Dengan Anak-anak


Orang lain dah lama buat dubsmash. Mummy baru sempat merajinkan diri dubsmash. Mungkin sebab Dhia dah besar. Suka lagu, suka muzik. Ngam sangat lah kita dubsmash !



Antara lagu kegemaran DHia.. LOVE dari Hi-5. Dubsmash ala manja je. Sebab dalam kereta.

Tahniah Hanez Suraya Melahirkan Bayi Perempuan

TAHNIAH untuk pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam semalam. Hanez telah melahirkan bayi perempuan, anaknya yang pertama secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Tahniah juga buat suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais.

 Tahniah Hanez Suraya Melahirkan Bayi Perempuan

"Bersyukur padaMu Ya Allah di atas anugerah yang tidak ternilai padaku dan suamiku..Terimakasih keluarga ku semua n sahabat2 yg tidak putus endoakan utk saya dan baby..Syukur alhamdulillah," kata-kata Hanez dari Instagramnya.

Selamat berpantang, Hanez !


Photo Shoot di Glance Photography Studio secara PERCUMA

Bergambar di Glance Photography Studio secara PERCUMA


Semalam mummy dah upload beberapa keping gambar photo shoot di instagram dan facebook . Ada juga rakan media sosial likes. Dapat juga beberapa likes. Terima kasih pada yang sudi like ! Oleh kerana ramai yang tanya gambar kami ini untuk apa? Untuk komersial ke masuk majalah ke surat khabar ke? Ok ! Ini bukan gambar untuk komersial atau iklan atau masuk majalah atau surat khabar. Untuk koleksi peribadi sendiri sahaja. Mummy memang suka bergambar ! 




Pirate Coffee di Kamunting Perak

Selalu tengok kawan-kawan pekena air dari Pirate Coffee. Mummy pun teringin sangat nak minum. Paling dekat kawasan rumah ialah cawangan Pirate Coffee di Cheras Perdana. Nak ikutkan Pirate Coffee di Cheras Perdana ke Kajang tak lah jauh mana. Tapi, sampai ke sudah tak pergi pun. Alih-ali pekena Pirate Coffee di Kamunting Perak. Kebetulan nak ke kedai Eco RM2. Ternampak gerai Pirate Coffee. Apa lagi ! Terus terjah ! Mummy pilih Green Tea. Memang suka sangat Green Tea. Daddy lak memilih Hazelnut Latte.

Pirate Coffee di Kamunting Perak


CARA PENGIRAAN DIVIDEN DAN BONUS ASB SECARA TEPAT

Mummy dah update tentang pengagihan dividen dan juga bonus ASB Tahun 2015 Mesti ada yang tak puas hati makin lama dividen makin berkurang. Ada juga yang bersyukur.... ada juga dividen pada tahun ini. Betul, tak?

Dah tahu pasal agigihan % dividen dan bonus... Mesti memasing dah siap keluarkan kalkulator kan ? Nak kira berapa duit bakal dapat nanti. 4 Januari 2015 dah boleh siap-siap update buku ASB.



Ramai yang berpendapat cara kira ASB sebegini :

RM10,000 (contoh duit yang ada) x 7.25% (dividen) = RM725 dividen yang akan di perolehi. 

Sebenarnya, cara kiraan itu tidak tepat ye ! Mummy pun tak reti nak explain macamana. Untuk fixed ASB Loan tu kiraannya sama je la sebab fixed kan. Tapi, fixed pun ada duit kita keluar masukkan sekali. Betul tak? Jom kita trngok cara kiraan ASB paling tepat.

CARA PENGIRAAN DIVIDEN DAN BONUS ASB SECARA TEPAT

DIVIDEN ASB 2015 JATUH BERBANDING TAHUN 2014

DIVIDEN ASB 2015 - 7.25SEN SEUNIT, ASB 2014 7.50 SEUNIT


Semalam pihak PNB dah umumkan dividen bagi saham ASN. Hari ini pula, seperti yang di tunggu-tunggu peratusan agihan dividen ASB. Telah di  umumkan !

5 hari #photochallenge #blackandwhite

Kalau dok tengok-tengok instagram. Ada akaun ig yang sememangnya mereka post gambar hitam putih sahaja. Memang lawa ! Tak tahu nak sebut cerita macamana. Yang pastinya...memang lawa.

5 hari #photochallenge #blackandwhite



 
Hari pertama - 5 hari #photochallenge #blackandwhite

Sungai Bukit Jana Kamunting Taiping Untuk Mandi dan Berkelah

Kalau di tempat sendiri di Selangor. Sungai Congkak,  Sungai Gabai dan sungai di Daerah Hulu Selangor menjadi tempat mandi kami bermandi sungai atau tempat berkelah.


Apabila pulang ke kampung suami di Kamunting, Taiping Perak. Sungai Bukit Jana yang mempunyai air yang semulajadi sejuk menjadi tempat mandian pilihan kami.

Sungai Bukit Jana Kamunting Taiping Untuk Mandi dan Berkelah

2015 DIVIDEN ASNB MENURUN


 DIVIDEN ASNB PADA TAHUN 2015 MENURUN BERBANDING TAHUN LEPAS.


Pengumuman dari Pemodalan Nasional Berhad (PNB) untuk dividend Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

PHOTOBOOK SOFTBOOK BARBIE UNTUK GAMBAR DHIA

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

 

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

 

Mulanya arena kamera digital, handphone smartphone dan macam-macam teknologi canggih zaman sekarang...mummy seakan-akan lupa untuk mencuci gambar. Nak kata tak ada langsung mencuci gambar tu, tidak lah ! Ada tu, memang ada. Tapi, tak banyak mana. Sebab nak mencari kedai printing gambar pun dah susah sekarang. Kalau jumpa kedai gambar pulak, dok pening kira kos. Sekeping dah berharga RM0.80. Gambar dalam arkib ni, mau ribu riban ! Sudahnya......terkubur projek nak mencuci gambar.

Hinggalah beberapa minggu lepas terjumpa photobook murah  { baca di sini KISAH PHOTOBOOK RM1} 

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

Beli 7 vouchers terus ! Sebab, plan nak jadikan souvenir atau hadiah nanti. Gambar tu nanti, pandai-pandailah kot mummy cilok facebook atau instagram dorang tu !  Untuk siapa? Biarlah rahsia...kalau dah bagitahu awal-awal kat sini, tak jadi SUPRISE lah pulak nanti !

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

Ini ialah hasil pembelian photobook ke-3 dari 7 vouchers yang di beli tempoh hari. Alhamdulillah, album Dhia Batrisya versi umur setahun hingga kini sudah siap. Dhia sendiri requests nak versi Barbie Pink ! Jenuh juga nak pilih gambar, sebab terlampau banyak koleksi gambar. 
 
6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

Photobook softbook ini bersaiz 6x6, 190gsm paper. Boleh di katakan tebal juga dan berkualiti matt paper ni. Bila pegang-pegang tak nampak kesan jari di photobook ini.
 
6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

Walaupun photobook ini nampak kecil, tapi mummy puas hati. Sebab, photobook ini boleh memuatkan lebih kurang 60-100 keping gambar. Mummy jenis tak berapa nak kretif, dengan photobook ini memudahkan lagi kerja mummy. Hanya pilih design photobook yang sedia ada. 

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

Gambar pun, hanya drag semua dari folder yang dah di asingkan. Terus tekan autofill. Kemudian, baru sorting mana yang rasa nak tukar gambar atau delete gambar. 

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my

Nak tambah nama atau teks, pun boleh tambah. Photobook pertama dan kedua, macam tak berapa pandai nak edit. Yang ketiga ini, baru mummy pandai sedikit nak edit-edit.
 
 


Mudah sahaja nak buat photobook :-
1. Layari www.photobook.com.my
2. Pergi ke start a book, pilih photobook. 
3. Kemudian cari design mana yang berkenan. Mummy pilih online readybooks.
4. Jangan lupa klik 6x6 MINI SQUARE SOFTCOVER. Nanti akan keluar photobook yang berharga RM79. 
5. Siap isi gambar dan edit. 
6. Isi details untuk pengeposan.
7. Buat payment. Ha !! Masa ini lah kene masukkan kod itu. 
8. Mummy hanya dikenakan bayaran postage sahaja !

6X6 MINI SOFTBOOK SOFTCOVER PHOTOBOOK BARBIE UNTUK DHIA SUDAH SIAP DARI www.photobook.com.my


Ada yang minat nak buat photobook, tapi tak ada VOUCHER? Jangan risau !! Terus ke www.photobook.com.my. Mummy ada nampak promosi PHOTOBOOK PERCUMA sehingga 12 Januari 2015. Kod yang perlu di isi ialah REVIEW2015.

 
 

Taiping! Wajib Singgah Yong Tau Foo dan ABC Belakang Bomba



TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH DI TAIPING, MEDAN SELERA TAIPING BELAKANG BOMBA UNTUK YONG TAU FOO DAN ABC ISTIMEWA

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX

Assalamualaikum
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.
simkad-onexox-murah-best-kelebihan

2 JENIS PENCEN DARI SOCSO PERKESO




Bukan cerita baru, tapi ramai tak tahu !

Mummy pun gitu gak ! Kalau bukan kerja mummy, tentunya mummy tak amek tahu. Bila kene kerja dalam Human Resource Depatment / Sumber Manusia. Nampak macam-macam kita boleh dapat benefit dari SOCSO PERKESO.

Selalunya orang akan bertanya, buat apa carum PERKESO? Bukan boleh dapat duit pun !

Ha.......tak benar tu ye !

Ada pulak, yang pernah bercakap. PERKESO atau SOCSO tu boleh claim time gi kerja dan balik kerja je !

Itu betul, tapi belum betul 100% lagi ! yang dapat claim sewaktu dalam perjalanan pergi kerja, sedang bekerja dan balik kerja itu adalah claim ketika dalam kemalangan.

 

2 JENIS PENCEN DARI SOCSO PERKESO | PENCEN ILAT DAN PENCEN PENAKAT


Balik Kampung Kamunting dan Aktiviti Hari Pertama



Cuti yang agak panjang untuk Maulidur Rasul dan perayaan Krismas. Kami sekeluarga ambil peluang pulang ke kampung sebelah suami. Lama juga kami tak pulang ke Kamunting Taiping. Last balik kampung, raya Aidiladha aritu.

Hadiah dari Tollyjoy Malaysia

 

Hadiah dari Tollyjoy Malaysia

Alhamdulillah rezeki anak-anak di hujung tahun, dapat hamper dari Tollyjoy ! Sememangnya Tollyjoy sangat serasi dengan kami sekeluarga kami. Anak-anak yang selama ini berkulit agak sensitif juga tak ada masalah dengan Tollyjoy !

Durian Kampung Manis Sedap

 Durian Kampung Manis Sedap

Clark Kasut Selesa Untuk Anak

 

Clark Kasut Selesa Pilihan Mummy Untuk Anak-anak


Bihun sup aje !

BIHUN SUP KAMI, MENU MUDAH MASAK  

BIHUN SUP KAMI, MENU MUDAH MASAK

Kasut Zumba Murah Bawah RM100

 

 Kasut Zumba Murah Bawah RM100


DASHING PEMBERSIH MUKA UNTUK LELAKI AKTIF



DASHING PEMBERSIH MUKA UNTUK LELAKI AKTIF

 

 

TINDAK BALAS KUAT TETAPI LEMBUT PADA KULIT








Daddy budak-budak ini, memang sangat aktif. Dari segi kerja hakiki dalam bidang civil, mahupun hobinya yang suka memancing, bersukan, berenang dan dan banyak lagi. Memang sangat aktif ! Mummy pun tak mampu aktif sebegitu !

Kek Hari Jadi Red Velvet Mc Donald's

Kek Hari Jadi Red Velvet Mc Donald's

Perfume Murah RM10 di Kajang


PERFUME RM10 TAHAN LAMA MIRACLE LANCOME DAN JADORE DARI DIOR PILIHAN MUMMY

Ikan Susu Masak Kari Menu Ringkas dan Cepat Masak

RESIPI MENU MUDAH MASAK DALAM MASA 15 MINIT SAHAJA : IKAN SUSU MASAK KARI  

 RESIPI MENU MUDAH MASAK DALAM MASA 15 MINIT SAHAJA : IKAN SUSU MASAK KARI

Barangan anak dari Little Precious Tollyjoy



LEBIH KASIH SAYANG DENGAN TOLLYJOY ‘LITTLE PRECIOUS’

KEMUDAHAN AKSES BAGI KEPERLUAN HARIAN IBU DAN BAYI



Sebagai ibubapa, membeli-belah untuk bayi merupakan salah satu tugas yang menyeronokkan. Namun begitu, dengan lambakan pilihan yang kini terdapat di pasaran. tugasan mudah ini, boleh menjadi satu pengalaman yang kurang menyeronokkan. Bukankah lebih mudah jika anda dapat membeli semua keperluan bayi di bawah satu jenama? Kini, melalui Little Precious, sub-jenama popular Tollyjoy bagi penjagaan bayi dan ibu, ibubapa boleh berbuat demikian!





Roadtax Kereta Mati

 
Lama nak bercerita tentang roadtax kereta. Tapi tak sempat-sempat buat entri ini. Semenjak kerja depan rumah ini, memang malas betul nak ambil tahu tentang kereta. Memang tak perasan langsung lagi dua hari roadtax dan insurans kereta nak mati. Dah la mati hari Sabtu. Sabtu tu pulak,nak bawa anak-anak ke Skynet untuk penghantaran barang-barang order. Mulalah risau tentang roadtax dan insurans kereta. Mummy tak mahu ambil risiko bawa anak-anak tanpa roadtax dan insurans kereta. Kalau apa-apa jadi....memang payah !

Alfatihah Untuk Arwah Pakcik Isa


Semalam, dapat berita bapa mertua - Pakcik Isa adik di kejarkan ke Hospital Serdang akibat sakit perut. Mungkin bersangkut paut dengan operation usus tahun lepas.

RYSYA SKINCARE TIADA PARABEN




Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.


Beg Hi-5 PERCUMA dari WOOP

Beg Hi-5 PERCUMA dari WOOP

 Beg Hi-5 PERCUMA dari WOOP

Sebulan yang lalu, mummy tebus mata ganjaran WOOP sebanyak 700 untuk dapatkan beg Hi-5 ini. Sebab Dhia memang suka sangat Hi-5 ! Sepupunya pula sedih ! Tak ada beg Hi-5. Mamanya belum cukup point untuk tebus. Harapnya, minggu ini cukup point untuk tebus ! Boleh sedondon lagi Hi-5 !

Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia

10 Disember 2015 | Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia

10 Disember 2015 | Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia


5 Sebab Memilih Basilic Botol Straw Untuk Anak

5 Sebab Memilih Basilic Botol Straw Untuk Anak 

Pilihan Botol Straw untuk anak-anak dari water cup Basilic


Dari zaman Dhia bermacam-macam botol straw mummy cuba sebab Dhia reject botol berputing masa umurnya 5 bulan lebih kurang. 

Photobook Murah RM1 di Lazada



Photobook 40 Muka Surat Saiz 6x6 Murah, Hanya RM1 di Lazada


Giler sekejap mummy !! Bila tau ada photobook RM1 di Lazada ! Sebelum ini dapat tahu harga RM3 dari Farah dan Yanie. Erm..bila dah harga RM! tu...Cepat-cepat beli !! 

SITI NORDIANA JUARA GEGAR VAGANZA 2 2015

SITI NORDIANA JUARA GEGAR VAGANZA 2 2015

Alhamdulillah Siti Nordiana telah di nobatkan sebagai JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM ke-2 tahun ini, 2015 dari awal dah agak yang beliau mampu menjadi juara. Kerana setiap minggu, Nana mendapat komen positif dari pihak juri. Selain itu, Nana juga sangat menjaga tutur kata jika Nabil dan Jihan melawak dengannya. Nana akan nampak cool dan rileks ! Mummy juga suka dengan sifat Nana yang merendah diri. Tak nampak riak di wajahnya. Walaupun hampir setiap minggu Nana mendapat markah tertinggi.


Tahniah buat 6 pemenang yang berjaya memasuki pusingan akhir GEGAR VAGANZA MUSIM ke-2 tahun ini, 2015
1. Siti Nordiana
2. Farahdhiya
3. EzadLazim
4. Nassier Wahab
5.  Achong
6. Haiza

6 Cara Terbaik Menulis di Media Sosial

6 Cara Terbaik Untuk Menulis di Media Sosial.

Bagi mummy media sosial bagus sebenarnya. Dapat kongsikan pelbagai info yang kita tahu dan dapat info dari kawan-kawan yang kita tidak tahu. 

Ada juga yang berpendapat media sosial ini, tak bagus ! Tapi, alih-alih kerja dia meng'google' jugak !  Guna juga media sosial !

Mummy tak mahu berbahas baik buruk media sosial, apa yang mummy nak share di sini ialah 6 Cara Terbaik Untuk Menulis di Media Sosial . Antara sebahagian tip yang mummy rasa sangat penting ialah:-
6 Cara Terbaik Menulis di Media Sosial

FINAL GEGAR VAGANZA 2 2015 MINGGU KESEMBILAN

KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2 2015 MINGGU KE-SEMBILAN #ADALAGUADALAGI

 
Minggu lepas tema GEGAR VAGANZA 2 Separuh Akhir ialah 'Karok Tarik' . Manakala Azian telah tersingkir pada minggu lalu.


Manakala 6 orang peserta berjaya ke peringkat akhir GEGAR VAGANZA 2 bagi tahun 2015. Antara peserta yang berjaya akan membawa lagu #ADALAGUADALAGI #GEGARVAGANZA2 :-

7 Menu Masakan Untuk 5 Hari Bekerja

7 menu masakan untuk 5 hari bekerja dalam seminggu 7 menu masakan untuk 5 hari bekerja dalam seminggu


"Nak masak apa ye, hari ini?" Ni lah soalan yang selalu bermain di minda mummy setiap hari ! Lepas tu, nak kene pandai budget masa untuk masak. Kekangan masa di hari bekerja, biasanya masak 1 atau 2 lauk yang anak-anak dan suami boleh makan sama.

Antara menu masakan pilihan mummy 7 menu masakan untuk 5 hari bekerja dalam seminggu ialah yang simple dan senang :-

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Pedal Ayam.

Ayam Goreng Kicap Kentang

Ikan Susu Masak Kari

Ayam Goreng Sambal

Udang Sambal

Udang Goreng

Kobis Goreng 

Tempoh memasak satu lauk dalam 15 minit sahaja! Mudahkan resepi mummy 7 Menu Masakan Untuk 5 Hari Bekerja.

Resipi lain-lain tu lebih kurang sahaja orang lain masaka,kan. Jadi, mummy tak perlu tulis la kot !

Pada yang buntu nak masak menu apa..boleh je tiru resipi untuk seminggu ni je.......Mummy pun kadang-kadang boleh lost ! Tak tahu nak masak apa ! #dapurmummydhidzal

Lihat Dinosaur Secara LIVE di Dinoscovery by Dinosaurs Live

 

LIHAT DINOSAUR SECARA LIVE DI DISCOVERIA KUALA LUMPUR | Dinoscovery by Dinosaurs Live 



Masing-masing muka excited dan tak sabar untuk melihat Dinosaur di Dinoscovery by Dinosaurs Live di Avenue K Kuala Lumpur. Mummy pun excited sebenarnya, sebab banyak sangat soalan yang bermain di minda, bagaimana tempat ini, besar mana tempat ini, kenapa dalam shopping complex, muat ke?... Ok, dah ! Tak perlu fikir banyak sangat ! Jom ikuti penjelajahan kami sekeluarga.......