Balik Kampung Kamunting dan Aktiviti Hari Pertama



Cuti yang agak panjang untuk Maulidur Rasul dan perayaan Krismas. Kami sekeluarga ambil peluang pulang ke kampung sebelah suami. Lama juga kami tak pulang ke Kamunting Taiping. Last balik kampung, raya Aidiladha aritu.



Kami bertolak Rabu malam, jalan sesak juga. Sempat berhenti di hentian kawasan Gopeng. Minum dan makan sebentar.

Dari jam 9 malam bertolak. Jam 3 pagi baru sampai.
Aktiviti hari pertama di kampung. 


Anak-anak mandi kolam




Untuk hari pertama ni, mummy masak. Sebab ipar duai masih belum ramai yang balik. Kene jadi chef..kalau tak, tak makan lah Suamiku hehe. Jika dah ada ramai ipar duai tu, selalunya mummy serrender. Bagi chef yang lain masak. Ipar duai kebanyakannya semua pakar masak. Ada beberapa orang dari mereka memang ada yang bekerja di Restoran. 


Anak-anak antara yang paling happy bila balik ke kampung. Dapat jumpa ramai sanak saudara. Walaupun demam agak panas. Kegembiraan tetap mereka lemparkan setiap masa.

1 comment on "Balik Kampung Kamunting dan Aktiviti Hari Pertama"
  1. ASSALAMUALAIKUM.
    SINGGAH PAGI
    http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com