Barangan anak dari Little Precious Tollyjoy



LEBIH KASIH SAYANG DENGAN TOLLYJOY ‘LITTLE PRECIOUS’

KEMUDAHAN AKSES BAGI KEPERLUAN HARIAN IBU DAN BAYI



Sebagai ibubapa, membeli-belah untuk bayi merupakan salah satu tugas yang menyeronokkan. Namun begitu, dengan lambakan pilihan yang kini terdapat di pasaran. tugasan mudah ini, boleh menjadi satu pengalaman yang kurang menyeronokkan. Bukankah lebih mudah jika anda dapat membeli semua keperluan bayi di bawah satu jenama? Kini, melalui Little Precious, sub-jenama popular Tollyjoy bagi penjagaan bayi dan ibu, ibubapa boleh berbuat demikian!









Sebagai tambahan kepada pilihan yang sedia ada di Tollyjoy, Little Precious menawarkan tambahan pilihan produk merangkumi beberapa keperluan asas bayi. Pilihan ini merangkumi seleksi besar bagi pakaian bayi yang comel, cecair pembersih, aksesori tatarias dan utensil makan, alat permainan, juga barangan tidur yang boleh didapati dalam pilihan warna dan corak yang berlainan. Little Precious juga turut menawarkan pelbagai pilihan set bayi yang telah dibungkus cantik, sesuai bagi setiap majlis istimewa!





Selain daripada keperluan bayi, Little Precious turut mengambil berat mengenai keperluan para ibu! Aktiviti penyusuan juga merupakan salah satu aspek penting dalam pengalaman keibubapaan, dan amat penting bagi para ibu untuk mendapatkan sokongan sepenuhnya ketika melalui fasa ini. Dengan pilihan dari pam susu, pad anti-leleh, aksesori penyimpanan susu dan beg, pilihan menyeluruh rangkaian produk penyusuan di bawah Little Precious sememangnya diperlukan bagi setiap ibu yang menyusu!

Bagaimana pula jika anda berada di luar bersama bayi? Menawarkan kemudahan dalam rangkaiannya yang merangkumi semua, Little Precious juga menawarkan barangan keperluan penting bagi sesi outing bersama keluarga. Para ibu tidak perlu lagi risau apabila mempunyai tisu lembap bayi, makanan bayi yang dipek sempurna di dalam bekas snek Little Precious serta beg yang cantik dan cukup besar bagi membawa keperluan bayi anda ketika sesi outing.



Tiada lagi saat duka ketika membeli-belah bagi bayi anda! Merangkumi pilihan untuk keperluan harian, sesi outing bersama keluarga atau majlis istimewa, Little Precious akan membantu anda dalam menawarkan pilihan produk yang selamat dan tahan lasak – dibuat khas bagi anda dan bayi kesayangan anda.

Seronokkkan adanya Little Precious ini dari Tollyjoy ! Mummy pun salah seorang pengguna barangan Tollyjoy ! Memang puas hati dari segi kualiti dan tahan lama ! Harga pun mampu milik !

Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg.

Like Facebook Tollyjoy untuk mengetahui informasi terkini mengenai Tollyjoy : http://on.fb.me/ZflMUn


Mengenai Tollyjoy

                                                    

Ditubuhkan di Singapura pada 1971, Tollyjoy Corporation adalah syarikat yang menjalankan perniagaan pengilangan dan penjualan barangan penjagaan bayi dan ibu di bawah jenama ‘Tollyjoy’ dan ‘Little Precious’.



Sejajar dengan moto Tollyjoy ‘Untuk bayi kesayangan anda’, Tollyjoy komited dalam menetapkan standard yang tinggi untuk produk mereka dalam industri dengan tahap keselamatan, ketahanan dan produk yang diyakini.



Produk Tollyjoy boleh didapati di Aeon dan Aeon Big di seluruh Malaysia, stor Tesco, Parkson dan Metrojaya yang terpilih, lokasi The Store yang terpilih dan cawangan Pacific di bawah The Store Group, di pasaraya Billion dan beberapa kawasan pusat penjualan barangan bayi di seluruh Malaysia.

1 comment on "Barangan anak dari Little Precious Tollyjoy"
  1. comelnya beg pink..! hehehehee..
    geramkan tengok koleksi barang2 baby ni.. semua comel2 and cute2.. :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com