Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia

10 Disember 2015 | Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia

10 Disember 2015 | Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia



Alhamdulillah selesai menonton konsert Hi-5 HOUSE OF DREAMS di Istana Budaya Kuala Lumpur.  Pertama kali kami sekeluarga ke Istana Budaya dan pertama kali juga pengalaman menyaksikan Konsert Hi-5 secara langsung di depan mata ! Bukan di television, macam hari-hari !

Anak-anak sangat terhibur ! Memang cerita kesukaan mereka ! Memang setiap hari mummy kene tengok Hi-5 sama-sama dengan bebudak ini kat rumah. Di sebabkan itu, mummy terus cetakkan t-shirt Hi-5 untuk anak-anak dan sepupu-sepupunya ! Masing-masing seronok !
 
Dah macam team hari sukan, warna-warni t-shirt dorang,kan !

 
  
Sebelum konsert bermula, mummy sempat berjumpa dengan wakil dari pihak penaja iaitu Enrich Maalysia Airlines.

 

Suasana dalam Istana Budaya sebelum konsert bermula. Anak-anak dah mula excited !
 

 
Konsert yang berlangsung selama 1 jam 30minit. Banyak lagu-lagu lama di nyanyikan secara live !

 


Antara video yang sempat mummy rakamkan..memang best dapat tengok live ! Alhamdulillah pada hari konsert ini, boleh amek gambar dan video. Bukan curi-curi ambil ya ! Mummy tanya dulu dengan pihak Istana Budaya. Bila mereka bagi green light tu, apa lagi ! Ambil terus video ! Mungkin mereka tahu ramai yang datang hari pertama ini rata-ratanya dari media, pihak Malaysia Airlines dan pelbagai latar belakang lagi. Terima kasih Istana Budaya !

 
Saat paling sedih dan touching ! Stevie dah tak ada dalam Hi-5 lagi ! Stevie antara paling lama dalam Hi-5. 9 tahun dalam Hi-5! Bye-bye Stevie!

 
Bukan kami sekeluarga sahaja dapat menyaksikan Konsert Hi-5 House of Dreams ini. Kami datang bersama-sama pemenang Giveaway tempoh hari ! Moga semuanya terhibur !

Kami juga sangat terhibur, dapat menyaksikan konsert Hi-5 House of Dreams secara live bersama anak-anak ! Dhia sampai tak nak balik. Nak tengok Hi-5 lagi. Sampai je rumah. Bukakan Hi-5 di television pulak !
3 comments on "Konsert Hi-5 House of Dream Istana Budaya Kuala Lumpur Malaysia"
  1. Wahh seronok la budak2 tu ye! Hehe

    ReplyDelete
  2. Seronoknya..pakai pula baju color gitu..semua cute-cute je...

    lets join my gold giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network..check it out!

    http://qiyasaad.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. memang kids lah yang paling suka kan.. Hi-5 sikit =D

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com