Photo Shoot di Glance Photography Studio secara PERCUMA

Bergambar di Glance Photography Studio secara PERCUMA


Semalam mummy dah upload beberapa keping gambar photo shoot di instagram dan facebook . Ada juga rakan media sosial likes. Dapat juga beberapa likes. Terima kasih pada yang sudi like ! Oleh kerana ramai yang tanya gambar kami ini untuk apa? Untuk komersial ke masuk majalah ke surat khabar ke? Ok ! Ini bukan gambar untuk komersial atau iklan atau masuk majalah atau surat khabar. Untuk koleksi peribadi sendiri sahaja. Mummy memang suka bergambar ! 





Semua ini, hasil photo shoot di studio dua minggu lepas. Sebelum menutup tirai tahun 2015 dan welcoming 2016, kita buat photo shoot sekeluarga lagi sekali untuk tahun 2015. Pengalaman pertama kami bergambar di studio ada mummy tulis di SINI

Bila nak photo shoot ni, bab paling sukar ialah untuk memilih warna baju. Bertemakan kasual, warna merah pilihan mummy kali ini. Photo shoot lepas, kami sudah pilih warna biru (kasual) , kuning dan merah (baju melayu dan baju kurung). 
  
  

  

Gambar kami sekeluarga, yang di kenali sebagai acah-acah model ini... telah mengayakan pakaian dari koleksi peribadi yang sedia ada.

 
 

  

Mummy pun nak posing sakan dengan anak-anak. Bukan selalu dapat posing gini. Waktu photo shoot di studio gambar je dapat bergambar gini ! 

 

Super hero in the house !! Giliran daddy pula posing dengan anak-anak. Pandai juru gambar ini, gambar daddy dan anak-anak nampak ceria je,kan ! 

   

  

Memasing muka serius ! Mummy pun risau sebenarnya. Takut dorang terjatuh je dari kerusi tu ! Mereka berdua ini baru bangun dari tidur. Tapi, alhamdulillah. Proses ambil gambar di studio berjalan lancar !


Dah alang-alang bergambar di studio. Mesti nak gambar sorang-sorang kan? Gambar syiok sendiri? Syok sendiri pun syiok sendiri lah ! Banyak lagi gambar yang lawa-lawa ada. Mummy update step by step di blog lah ye. Kang bosan pula asyik tengok gambar je nanti !

 

Di kesempatan ini juga, mummy nak ucapkan terima kasih kepada Bausch + Lomb kerana memilih kami sebagai pemenang. Dan, hadiah untuk kami bergambar di Glance Photography Studio secara PERCUMA


   

Gambar dari Glance Photography Studio memang sangat professional. Krew mereka pun sangat sporting ! Mereka banyak joint venture (JV) dengan syarikat besar dan ternama. Mummy pun suka dengan hasil yang mereka berikan. Puas hati ! 5 stars ! Terima kasih Glance Photography Studio !

Pada yang berminat dengan perkhidmatan dari Glance Photography Studio boleh hubungi terus mereka di 


 
3 comments on "Photo Shoot di Glance Photography Studio secara PERCUMA"
  1. Minta tempias2 percuma singgah kat www.irrayyan.com jugak. Hahaa lawa giloss gambar

    ReplyDelete
  2. Cantik- cantik semua gambar tu....best kalau bergambar macam ni...SA just takde kesempatan..nak gak bergambar ngan anak dara...

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak..semua gambar2 cantik2.rabia pun teringin nk photoshoot

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com