Pirate Coffee di Kamunting Perak

08:47

Selalu tengok kawan-kawan pekena air dari Pirate Coffee. Mummy pun teringin sangat nak minum. Paling dekat kawasan rumah ialah cawangan Pirate Coffee di Cheras Perdana. Nak ikutkan Pirate Coffee di Cheras Perdana ke Kajang tak lah jauh mana. Tapi, sampai ke sudah tak pergi pun. Alih-ali pekena Pirate Coffee di Kamunting Perak. Kebetulan nak ke kedai Eco RM2. Ternampak gerai Pirate Coffee. Apa lagi ! Terus terjah ! Mummy pilih Green Tea. Memang suka sangat Green Tea. Daddy lak memilih Hazelnut Latte.

Pirate Coffee di Kamunting Perak



  

Tak sempat minum dan ambil gambar, air mummy dah kene kebas dengan anak-anak. Dorang laju je dorang capai. Tau je,kan...air pilihan mummy semua sedap-sedap !

Best ke air dari Pirate Coffee ye? Mengikut kata daddy..."ceroi !" maksudnya cair ! Bagi mummy ok je ! Tak boleh la nak compare dengan Green Tea Frappucino Starbuck.
 
Harga pun lain, kalau starbuck harganya belasan ringgit. Pirate Coffee punya harga dari RM4.00. Hazelnut Latte daddy pula berharga RM5.00 air pun banyak !

Nak tahu lebih lanjut tentang pirate coffee atau cawangan mana yang ada berdekatan dengan tempat anda, boleh hubungi 011-26390181 atau email ke piratecoffeehq@gmail.com  

You Might Also Like

2 comments

  1. Memang sedapppp... rasa dia punya green tea, oh myyy!! Craving dah air ni lagi

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab