Taiping! Wajib Singgah Yong Tau Foo dan ABC Belakang Bomba



TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH DI TAIPING, MEDAN SELERA TAIPING BELAKANG BOMBA UNTUK YONG TAU FOO DAN ABC ISTIMEWA



Cuti panjang ! Antara yang mumny paling tertunggu-tunggu untuk rehatkan minda. Kosongkan fikiran dari kesibukan hal kerja.

Cuti kali ini...Encik suami ambil keputusan balik ke kampung halamannya di Kamunting Taiping, Perak. Boleh dikatakan majoriti adik beradik suami pulang ke kampung kali ini. Dari 7 beradik, 5 darinya balik Taiping. Meriah sangat !!



Bila balik Taiping. Mummy dah jadi foodhunter. Dalam kepala dok fikir nak makan sana sini, di Taiping. Antara tempat wajib singgah yang telah mummy dan keluarga singgah ialah tempat makan di belakang Bomba Taiping. Paling terkenal dengan makanan Yong Tau Foo dan ABC.

Orang ramai makan di sini tak usah nak cakap ! Sentiasa penuh ! Penuh dan ramai tidak mematahkan pendirian kami. Itulah sifat yang ada dalam diri mummy untuk food hunter. Lagipun, dalam setahun..sekali dua je kami balik Taiping.


Dari 5 keluarga, hanya 2 keluarga sahaja keluar makan malam di Belakang Bomba Taiping. Untuk pekena ABC dan Yong Tau Foo.

Kuah Yong Tau Foo sini memang lain dari yang lain. Tak sama di lain tempat. Makan banyak pun tak muak !


Ada banyak gerai di sini. Adik ipar memilih gerai ini. Dia kata gerai ini sedap.


Kalau ada yang belum pernah rasa Yong Tau Foo Taiping. Sila singgah sini ye..memang best.


ABC pula, boleh cuba di gerai no.2 ini. Ada lebih 20 pilihan ABC.


Mummy punya ABC tak tahu jenis apa. Makan aje !






6 comments on " Taiping! Wajib Singgah Yong Tau Foo dan ABC Belakang Bomba"
  1. tak pernah smpai taiping lagi. leh la kot singgah kalau ada kesempatan ke sana nanti

    ReplyDelete
  2. suka jugak p sini, rojak sotong, sedap!

    ReplyDelete
  3. The last photo looks delicious :)

    BLOG M&MFASHIONBITES : http://mmfashionbites.blogspot.gr/
    Maria V.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa! Nanti balik kampung boleh terjah nanti

    ReplyDelete
  5. Ada gambar boleh lah cari nanti kak. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com