TEMPAT ANAK BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT

TEMPAT ANAK BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT  

AKTIVITI ANAK-ANAK | TEMPAT BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT


Tajuk entri hari ini, kisah anak-anak pula. Sebab dah nak masuk hujung minggu,kan! Otak mummy dah ligat nak bawa dorang ke mana, bermain di mana. Setiap Sabtu, daddy budak-budak ni kerja. Mummy kene pandai memilih tempat bermain anak-anak. Nak handle sorang-sorang memang agak menguji stamina mummy. hahaha..mummy cepat pancit ! Kecuali menjerit dan membebel. Itu tidak PANCIT sama sekali ! hahaha.

TEMPAT ANAK BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT  
Selalunya hari Sabtu, tak ada courier datang pick up barang-barang dari rumah. Kalau ada barang untuk pos, mummy kene pergi ke pejabat courier. Dan, selalunya Dhia akan minta singgah Mc Donald's. Mc Donald's Kajang Perdana depan rumah ini memang selesa utnuk bermain.

TEMPAT ANAK BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT  
Permainan secara visual, lapang dan tidak merbahaya. Takat jatuh, memang tak akan berdarah lah. Tapi, sebelum main kene makan kenyang-kenyang dulu. Lepas siap makan. Baru boleh main.

Permainan bola sepak secara visual menggunakan projector di Mc Donald's Kajang Perdana

TEMPAT ANAK BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT
Dan, ini pula permainan sepak bola bowling secara visual di Mc Donald's Kajang Perdana
 
Penat bermain, nak aiskrim pula. Mummy tetap layankan je anak-anak. Lagi pun, duit poket hari bekerja mummy dah jimat. Dari segi duit belanja makan tengah hari dan juga tol. Sebab kerja berdekatan dengan rumah. 

 

Hujung minggu, pastinya hari yang mereka tertunggu-tunggu nak bermesra dengan mummy daddy. Hari bekerja, mereka banyak masa di rumah pangasuh. Hanya ada 3-4 jam sahaja bermain dan bermanja dengan mummy daddy. Jadi, sememangnya hujung minggu akan di luangkan masa bersama anak-anak dan keluarga !
3 comments on "TEMPAT ANAK BERMAIN SECARA VISUAL PERCUMA DAN SELAMAT"
  1. mummy cepat pancit ! Kecuali menjerit dan membebel. Itu tidak PANCIT sama sekali ! hahaha. >>> hahahaha.. ini setuju sangat!

    ReplyDelete
  2. anak-anak seronok, mak pun gembira!

    ReplyDelete
  3. Rindu nak luang masa ngan anak macam ni...tapi apakan daya...masa mencemburui SA...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com