FUYOOO !!! GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH


klik banner untuk join

FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015

BAJU KIKO RM5 SAHAJA !!


Baju KIKO DAN BABY KIKO RM5 !!  Yup...begitu lah iklan dari pihak Facebook KIKO. Mummy pun dah mula meroyan bila dapat tahu Sales KIKO yang bermula pada hari ini 30 September 2015 Hingga 4 Oktober 2015 yang bertempat di Dewan Bangi, Jalan 7/1D, Seksyen 7 Bangi. 

Memang plan macam nak tengok brand KIKO juga. Sebab baju dari KIKO, tahan lama dan tak kusam bila basuh banyak kali. Dzal Aidi pun byk pakai baju tidur kakaknya lagi. Memang tahan !! Tau-tau je la..baju budak ni selalunya cepat buruk. Sebab dorang makan itu ini dan kesana sini. Penting cari baju yang berkualiti dan harga murahkan !! Kan ?

Ish....Ada juga mummy terjah ni, kang !! Boleh start dah cari baju untuk simpan raya akan datang.. wah !! Raya Haji pn br je abes...dah fikir raya puasa lak ye!! Gitewww le, perangai mummy. Yang kadang-kadang, tak suka buat keje last minit...kadang-kadang je. Hehehe

Index Pencemaran Udara Meningkat di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Pahang

Index Pencemaran Udara Meningkat di beberapa kawasan di Selangor, KL, Negeri Sembilan, Johor,  Pahang



Laporan dari aplikasi Malaysia API (Air Pollution Index) bacaan IPU - Index Pencemaran Udara  (bahasa melayunya) telah meningkat kembali setiap jam.  Siang tadi pun dah nampak macam tebal sedikit  jerebu. Tapi bacaan IPU masih bawah 100. Tak pasti, samada aplikasi ini silap atau jabatan tertentu tidak melaporkan bacaan IPU terkini.


Jam 4 pagi lebih tadi, mummy sibuk mengemas baju, membasuh baju, menyidai baju dan melipat baju. Sempat menyemak bacaan terkini IPU. Ini semua penting untuk mummy. Info yang setiap masa mummy ambil tahu.

Bacaan IPU di Melaka dan Negeri Sembilan


Bacaan IPU di Negeri Johor

Bacaan IPU di Negeri Pahang


Antara bacaan IPU TIDAK SIHAT di beberapa kawasan di Sekitar Putrajaya, Kajang, Bangi, Negeri Sembilan, Melaka (agak teruk), Johor dan beberapa kawasan di Pahang. Jaga kesihatan dengan perbanyakkan minum air masak dan ambil vitamin C atau sumber berasaskannya. Insyaallah....Boleh kuatkan imunisasi badan. Nak hindarkan diri keluar dari rumah tu mmg susahlah..kita kene keluar bekerja mencari rezeki.

TUDUNG NAELOFAR PERCUMA

TUDUNG NAELOFAR PERCUMA

Terkejut pagi-pagi dapat parcel. Mana datang pulak parcel ini. Puas memikirkan dari mana, sudahnya buka cepat-cepat (mood tak sabar). Alhamdulillah rezeki untuk hari ini, dapat 2 helai tudung dari Naelofar Majestic Love Instant Shawl untuk mummy dan Dhia. Rezeki menang peraduan tempoh hari masa bulan Ramadhan selfie mummy bersama anak (pakai tudung) anjuran Lifebuoy #DetikPertamaLifebuoy . Korang nak tudung Naelofar PERCUMA? Follow IG dan FB mereka. Manatahu ada lagi peraduan, kan !


Dalam masa yang sama, officemate pun belikan buah tangan dari Bangkok. Shawl juga !! Thai Silk !! Cantik warna pink turquoise. Boleh mixed and match dengan baju mummy yang banyak warna pink dan turquoise juga.

Seronok pula mummy dapat shawl hari ini. Dah macam birthday of the day dah. hehehe.

Pastu...Macam tau-tau je semenjak dua menjak ini mummy gemar pakai shawl. Kadang-kadang pakai gak tudung serkup terus ala-ala makcik tu. Tengok pada kerajinan juga. Senang pakai shawl ni, lelagi bila nak breastfeeding anak-anak. Buka pin sebelah, labuhkan shawl dan tutup terus bahagian tertentu. Kadang-kadang si kecil tu kuat menyelak gak. huhuhu...

PLAY-DOH® “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records

Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records, Sahut Cabaran Mencipta dan Mereka Bentuk PLAY-DOH®


Budaya Malaysia Terserlah di Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!

Mummy sekeluarga sebagai Rakyat Malaysia sudah menyahut cabaran untuk mencipta beribu-ribu rekaan dalam usaha “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records 


Sabtu lepas, 26 September 2015. Pagi-pagi lagi kami sudah terpacak, sebelum shopping mall buka dalam lebih kurang jam 8.30 pagi. Mummy anak beranak serta keluarga menyambut Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama untuk mencipta rekaan sebanyak yang mungkin melalui PLAY-DOH®  berilhamkan Malaysia bersama-sama anak-anak.


Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records, Sahut Cabaran Mencipta dan Mereka Bentuk PLAY-DOH®

Apa yang istimewanya pada hari itu? Hari tersebut adalah usaha untuk mencapai dalam mencipta rekaan paling banyak dalam masa satu hari (26 September 2015 - Sabtu) ke rekod The Malaysia Book of Records. Setiap ukiran yang di buat, akan dipamerkan di pentas PLAY-DOH® Ground Floor Highstreet 1 Utama. Mummy pun tak lepaskan peluang yang ada untuk bawa anak-anak ke sini. Walaupun daddy kene kerja, gagah mummy pujuk Tok Mak dan Tok Abah untuk membawa kami sekeluarga.

Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records, Sahut Cabaran Mencipta dan Mereka Bentuk PLAY-DOH®

Dhia nak GITAR pulak !!



Dhia nak GITAR UKULELE pulak !!


Beberapa hari lepas, kami sekeluarga ke The Garden Mid Valley. Sedang berjalan-jalan ke restoran untuk makan malam. Si Dhia ternampak satu kedai yang jual gitar Ukulele. Memang cantik gitar tu, mummy pernah Nampak juga di jual di IOI City Putrajaya berhadapan dengan restoran makan.

Kali ini, Dhia nampak dan meronta-ronta minta singgah. Kami cuba pujuk Dhia,”lepas makan nanti, kita singgah”. Dhia pun menganggukkan kepala.

Kemasukan Disember 2015 Bekerja Sambil Belajar Diploma Separuh Masa di Politeknik

Permohonan Kemasukan Program Diploma Politeknik Mod Separa Masa Sesi Disember 2015

Berita baik untuk yang sedang bekerja tapi ingin sambung belajar. Pendaftaran pengajian DIPLOMA di POLITEKNIK "bekerja sambil belajar" telah di buka untuk sesi kemasukan Disember 2015. Mungkin ada di kalangan kita mendapat keputusan SPM yang bagus. Tapi di sebabkan tertentu tidak boleh meneruskan pengajian di IPT. Ha !! Sekarang banyak tempat boleh bekerja sambil belajar. Salah satunya POLITEKNIK. 

Saya pun dulu ambil Pengajian Luar Kampus UiTM (Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) AM225 (cari sendiri kos apa hahahaha). Bila dah kajwin dan ada anak. Terbengkalai...separuh jalan lagi 4 semesta je kot nak habis ! Tak pe !! Tak ralat pun !! Bagi peluang untuk anak-anak nanti...

Ok...pada yang nak sambung belajar di hujung minggu tu...cepat-cepat isi borang online Permohonan Kemasukan Program Diploma Politeknik Mod Separa Masa di http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Sekolah Tutup Esok | IPU Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat

Sekolah di beberapa tempat tutup esok kerana bacaan IPU Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat


Bacaan IPU (Index Pencemaran Udara ) 6 Petang tadi menunjukkan bacaan menurun di beberapa kawasan kami. Akan tetapi, bacaan masih menunjukkan udara tidak sihat. Di beberapa kawasan. Bacaan IPU di Putrajaya 165 dan Shah Alam masih tinggi dengan bacaan 185.



Berbanding bacaan IPU di beberapa kawasan Lembah Klang jam 11.00 pagi tadi. Banyak kawasan yang mengalami udara tidak sihat IPU bacaan di atas 201. Paling teruk di Shah Alam bacaan IPU 281 yang hampir 300 bacaannya. Dan, Putrajaya pula bacaan IPU sebanyak 206

Cara Jaga Anak, Beza Rupanya Mak Atau Bapa Jaga


Cara Jaga Anak, Beza Rupanya Mak Atau Bapa Jaga Ye !!

Sebagai mak, ketika kita jaga anak atau teman anak main. Mesti dengan penuh berhati-hati dan berkasih-sayang. Berlainan dengan bapa, mereka mengajar atau bermain dengan anak dengan agak lasak sedikit. Nak bagi anak ada sifat kental dan tabah. Sebab itu, Allah jadikan 2 krakter yang berlainan dalam rumah tangga. Seperti juga masakan, ada gula dan ada juga garam. Barulah ada rasa sedap,kan !



Lembah Klang | Index Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat Malam Ini


Lembah Klang | Index Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat Malam Ini



Petang tadi bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) masih dalam bacaan sederhana baik. Sekarang, berdesup naik bacaan IPU di kawasan Lembah Klang. Terutama di sekitar kawasan kami, Kajang telah mencatatkan bacaan IPU 141.. Bacaan tidak sihat untuk malam ini. Jom kita minum banyak air masak !!

Berharap agar esok bacaan IPU jerebu akan menurun. Kepala dah pening bau asap. Anak-anak pun dah mula selsema.

Bacaan Index Pencemaran Udara Terkini


Bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) Terkini - Sabtu 26 September 2015.


Terkini sehingga jam 1petang. Bacaan Index Pencemaran Udara  (IPU) a.k.a Air Pollution Index  (API) di sekitar Lembah Klang. Walaupun bacaan di bawah 100. Tapi, bau asap dan kekaburan mata di tahap pedih mata sudah.

Bacaan IPU

Shah Alam 70
Putrajaya 68
Nilai 74

Bilakah jerebu ini akan berakhir? 


Salam Aidiladha


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga. Gambar full satu family tak ada kali ini. Sebab bila semua dah siap, yang ni pula tidur. Yang ni, bangun...yang tu, tido. Hrmm...






RESIPI IKAN JELAWAT | IKAN SULTAN

RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

Pertama kali mummy nak makan dan masak Ikan Jelawat. Agak sukar juga nak cuci, siang Ikan Jelawat ini sebab sisiknya banyak dan boleh tahan keras juga sisiknya. Mengikut kata suami Ikan Jelawat ini sedap, isinya padat dan boleh di kategorikan sebagai ikan berharga mahal. Selain itu, Ikan Jelawat ini di kenali juga sebagai Ikan Sultan atau nama sainsnya Lepktobarbus hoevenii.


Gambar ini, setelah Ikan Jelawat siap di siang, buang sisik dan di cuci garam berserta air asam. Kene cuci bersih-bersih sebab ikan air tawar ni, kalau cuci tak bersih nanti rasa hanyir pulak.


Oleh kerana pertama kali nak masak Ikan Jelawat. Nak masak resipi apa pun tak tahu sebenarnya. Google blog Eny www.enyabdullah.com ada resipi Ikan Jelawat masak Tom Yam. Tapi, suami kurang suka dengan Tom Yam. Mummy telahpun cuba je main masak-masak resipi ikut suka. Antara resipi Ikan Jelawat versi #dapurmummyDhiaDzal:-

Yahaira Leanne Anak Lisa Surihani


Alhamdulillah. Sudah berumur 7 hari anak Lisa Surihani dan Yusry KRU ini. Semalam, Lisa telah umumkan nama anak sulung mereka di instagram Lisa Surihani. Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik-baik kelembutan. Sedap namanya dan maksudnya !! 

Moga Yahaira Leanne menjadi seorang anak yang solehah, baik dan lembut budi perkerti seperti namanya. Ameen !!

Teringat saat-saat memilih nama anak-nama satu ketika dahulu. Nampak macam senang. Berderet lists nama. Pastu bincang pulak dengan suami. Akhirnya mixed and match dan suami putuskan nak nama apa. Alhamdulillah, senang berurusan dengan suami. Sebab dia tak cerewet sangat orangnya. Give and take orangnya !

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..Salam Sejahtera

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku

Sambutan Bulan PLAY-DOH® Membina Komuniti Ceria | Shape A Colorful Community

Pengalaman Bersama Anak-Anak Untuk Sambutan Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan di Malaysia !



Sambutan Bulan PLAY-DOH® Membina Komuniti Ceria | Shape A Colorful Community

Membina Komuniti Ceria Dalam Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberikan mummy inspirasi kepada Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® yang terbaik dan juga akan menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Nasi Beriyani Gam Johor di Bangi

RESTORAN ANJE  BANGI - RESTORAN NASI BERIYANI GAM JOHOR


Kalau dah nama keturunan orang JOHOR ni kan...Mana boleh kata tak suka NASI BERIYANI. Walaupun mummy lahir di Selangor tapi asal usul tok nenek semua dari JOHOR. JOHOR area mana? Oh macam-macam area ada, dari Kota Tinggi hinggalah ke Batu Pahat. Dan, pendekkan cerita lagi,,,,kampung di Batu Pahat je la ye..

Baru-baru ini, kami ke sini lagi...Restoran Anje di Bandar Baru Bangi. Bukan kali pertama ke Restoran Anje Beriyani Gam Johor. Ini adalah kali kedua kami makan bersama keluarga mertua di sini. Pilihan mummy, tentunya Nasi Beriyani Ayam Masak Merah yang di sajukan dengan kuah dalca, sayur penchuk (nenas timun) dan keropok.

Tanda Samsung Galaxy Note3 Neo Rosak

Cas telefon dan mesej 'THE DOCK IS CONNECTED' keluar. Ini adalah tanda Samsung Galaxy Note3 Neo Rosak


Ahad minggu sebelum ini, di kejutkan dengan mesej 'THE DOCK IS CONNECTED' bila charger di pasang ke telefon Samsung Galaxy Note3 Neo . Cuba berkali-kali cas, tetap juga tak masuk. Hati mula panas, bateri pada masa tu dah tinggal kurang 15%. Paginya sebelum itu, cas ok sahaja. Tak ada pulak masalah macam ini. 

Zaaas..Malam tu juga, terus ke kedai telefon untuk test charger. Mana tahu ada charger yang boleh masuk cas, bolehlah kita beli terus. 

GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana

http://www.yayacendana.com/2015/09/giveaway-ketiga-hari-raya-aidiladha-by.html

GIVEAWAY Ketiga : HARI RAYA AIDILADHA by Yaya Cendana


Salam semua ! Hari ini mummy nak join satu Giveaway. Giveaway WANG TUNAI tau !! Banyak tu RM200. 

Antara salah satu syaratnya ialah buat satu ucapan Hari Raya Aidiladha. Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin ucapkan selamat bercuti, selamat berkumpul sekeluarga dan hargailah detik indah ini bersama keluarga tersayang untuk Yaya Cendana dan pembaca-pembaca blog mummy.

Ada yang nak join Giveaway ini? Jom !! Syarat-syaratnya sangat mudah seperti di bawah.

Pertandingan Bowling Di Bangi Gateway


AMPANG SUPERBOWL - PERTANDINGAN PERSAHABATAN KELUARGA BOWLING DI BANGI GATEWAY

Hari minggu yang sibuk sekarang ini, semenjak daddy budak-budak ini bekerja di hari Sabtu. Kami mempunyai satu hari seminggu sahaja untuk beriadah di hujung mingu bersama-sama. Demi mencari rezeki keluarga kami. Ahad baru-baru ini, daddy telah terpilih untuk mewakili keluarga untuk perlawanan persahabatan bowling. Bertempat di Ampang Superbowl Bangi Gateaway. 

Bila daddy ada games, kita tak nak konsentrasi daddy terganggu. Untuk berikan anak-anak feel yang sama. Seperti biasa 1 lane untuk anak-anak bermain. Bukan main baling-baling bola bowling. Kita main tolak je bola bowling tu. hehehehe


Video Imam Masjid Negara Di Tampar Ketika Solat Jumaat

Imam Masjid Negara di Tampar Sewaktu Solat Jumaat oleh Warga Asing.


Kecoh rakaat kedua solat Jumaat tadi. Warga asing itu telah menampar imam Masjid Negara sebelum mikrofon di rampas.

Melalui sumber, lelaki itu masih belum di serahkan kepada polis.  Samada ada lelaki siuman atau tidak , atau mengikuti ajaran sesat. Masih belum di kenal pasti.

Sumber: Sinar Harian

Lisa Surihani dan Yusry Kongsikan Gambar Cahaya Mata Pertama Mereka

Lisa Surihani dan Yusry Kongsikan Gambar Cahaya Mata Pertama  Mereka

Pasangan romantis Lisa dan Yusry telah berkongsikan gambar anak pertama mereka. Alhamdulillah comel sangat cahaya mata mereka ! Gambar yang telah di kongsikan oleh pihak Instagram HLive.

Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 15 September 2015 pada 11.44 malam di Pantai Medical Centre, Bangsar. Menariknya tarikh lahir anak mereka jatuh pada 15hb sama seperti Yusry 15hb juga (15 Jun).

Rozita Che Wan Tarik Diri Dari AF2015

Rozita Che Wan Tarik Diri Dari Akademi Fantasia 2015


Gempar dengan berita ini, Rozita Che Wan atau di kenali sebagai Che Ta pengkritik tetap #AF2015 Akedemi Fantasia 2015 telah menarik diri dari program berprestij itu.\

Tempat Mandi Dataran Gemilang Presint 4 Putrajaya




Dataran Gemilang Presint 4, Putrajaya - Tempat mandi manda awam PERCUMA


Dah lama tahu ada tempat riadah anak-anak di sini, dan sebelum ini tak berkesempatan nak ke Dataran Gemilang ini. Almaklumlah jalan Putrajaya ni, kami memang FAIL ! ;) Bila ada konvoi dengan adik beradik encik suami. Kami pun join sekali. Ramai-ramai memang havoc ! 








Walaupun rumah sendiri ada swimming pool. Kami bawa juga sekali sekala Dhia dan Dzal mandi di luar.

Dah lama juga Dhia tak mandi swimming pool bawah rumah tu. Selalunya, mummy buka pool letak dalam bilik air sahaja. Malas benor nak bawa budak-budak ni turun.

CANTIK DENGAN CELEBRITI SECRET SET

CANTIK DI AIRELLY SPA SHAH ALAM DAN MENAWAN DENGAN CELEBRITI SECRET SET

Kalau cerita bab cantik, semua orang nak cantikkan!! Bohonglah jika mummy pun kata tak nak cantik. Gilerr tak nak cantik ! Naklah laki kita tak berkelip tengok kita,kan !

Cantik luaran bukan sahaja tampal make up tebal-tebal je. Itu namanya, nk tutup kulit sahaja ! Tak natural kata orang. Tak salah sebenarnya nak make up. Mummy pun pakai make up gak. Tapi, bila buang make up tu...nak la nampak kulit cantik. Biar suami pandang, nampak sejuk je matanya. Betul tak?


Segmen Irrayyan | Hari Malaysia 2015

http://www.irrayyan.com/2015/09/segmen-irrayyan-hari-malaysia-2015.html
* Klik Banner untuk join segmen *

 Segmen Irrayyan | Hari Malaysia 2015

Syarat-syarat segmen mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau !!



1. Folow blog irrayyan.com . *DONE*



2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri. *DONE *



3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini. *DONE*



4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa.*DONE*



5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. *DONE*


Sempat lagi untuk bersegmen sempena dengan Hari Malaysia 16 September 2015 (esok). Di kesempatan ini juga, www.azlindaalin.com ingin mengucapkan selamat bercuti dan SELAMAT HARI MALAYSIA untuk semua warganegara MALAYSIA !!


  

Sifat RUKUN NEGARA yang kedua (ke-2) - KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Ha !! gitewww....kami SETIA kepada NEGARA tau ! Siap bergambar berlatarkan bendera MALAYSIA lagi tu.

Taman Wetland Putrajaya Tempat Memancing, Riadah dan Berkelah

Tempat Riadah Sekeluarga , Memancing dan Berkelah di Taman Wetland Putrajaya 



Taman Wetland Putrajaya | Tempat riadah atau boleh juga di kategorikan sebagai tempat berkelah sambil memancing. Baru-baru ini, kami ke sini untuk menemani daddy, dan pakcik-pakcik (adik beradik daddy a.k.a. en suami) memancing ikan. Tasik yang luas bukan sahaja aktiviti ini sahaja, nak sewa bot pusing keliling tasik pun boleh. Macam best,kan? Tapi, kami tidak berkesempatan lagi untuk pusing bot satu tasik ini. Mummy jenis tak pandai berenang dan sebenarnya ada perasaan takut pun ! hahaha !!

Daddy memang  suka memancing. Kalau dulu-dulu sebelum ada anak dan ada anak sorang. Mummy rajin ikut daddy gi mancing kolam. Bila dah anak dua ni, rasa macam serabut ramai-ramai kat kolam mincing. Ada baiknya duduk rumah sambal baring-baring. Nak kata tak suka suami memancing ni, tak boleh !! Sebab? Sebab mummy pertama kali bertentang mata dengan daddy pun kat kolam mancing. Ok, cukuplah intro perkenalan kami di sini ye !! hehehe


TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM MEKAH 4 JEMAAH HAJI MALAYSIA DI KENAL PASTI

TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM MEKAH 4 JEMAAH HAJI MALAYSIA YANG DI KENAL PASTI


Tragedi kren jatuh akibat ribut kuat tempoh hari di Masjidilharam, Mekah pada Jumaat, 11 September 2015 pada jam 5 petang (waktu Arab  dan 10 malam (waktu Malaysia)  lebih kurang 107 orang jemaah terkoraban.

Manakala, 4 darinya dari jemaah haji Malaysia yang terkorban. Mereka yang  di kenal pasti :-

Ribut kuat dan kren terbalik di Masjidilharam, Mekah | Senarai Jemaah Haji Yang Cedera

Ribut kuat dan kren terbalik di Masjidilharam, Mekah | Senarai Jemaah Haji Yang Cedera




Terkejut sangat dengar ribut kuat dan musibah melanda Masjidilharam, Mekah awal pagi tadi.
Lebih kurang 65 jemaah haji di kenal pasti meninggal dunia berikutan kren terbalik. Alfatihah !! Dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.


Manakala, Jemaah Haji Malaysia yang terlibat dalam musibah kren terbalik semasa ribut di Masjidil Haram ialah:-