Pemenang Giveaway Hi-5 Tiket VIP bersama Azlinda Alin, Malaysia Airlines dan Enrich

Pemenang Giveaway Hi-5 Tiket VIP bersama Azlinda Alin, Malaysia Airlines dan Enrich.




Beberapa minggu yang lalu, mummy ada menganjurkan GIVEAWAY tiket Hi-5 dihttp://www.azlindaalin.com/2015/11/giveaway-mencari-5-pembaca-bertuah.html

Keputusan pemenang GIVEAWAY Hi-5 tiket VIP telah di terima pada hari Jumaat. Dan, pada Jumaat malam mummy telah mengumumkan di Instagram dan Facebook

Keputusan telah di pilih oleh pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan juga pihak Enrich. Tahniah kepada 5 pemenang bertuah yang memenangi 4 Hi-5 tiket VIP


  

Dalam blog yang lalu, mummy beritahu pemilihan untuk 5 pemenang sahaja. Tetapi, pada email yang mummy terima. Ada tambahan untuk 3 pemenang yang bertuah. Syukur. Rezeki semua ! Kita jumpa nanti di Istana Budaya ye !







Takziah !! Yus Jambu Meninggal Dunia


Innalillah..Terkejut dengar berita Yus Jambu pergi meninggalkan kita. Baru semalam melihat beliau di siaran GEGAR VAGANZA 2015. 

Moga arwah di tempat kan bersama orang beriman. Alfatihah. 

Kempen Kesedaran – PENYUSUAN DENGAN SUSU IBU SEPENUHNYA SECARA ESKLUSIF SELAMA 6 BULAN.


Kempen Kesedaran – PENYUSUAN DENGAN SUSU IBU SEPENUHNYA SECARA ESKLUSIF SELAMA 6 BULAN.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kempen kesedaran untuk ibu menyusukan anak mereka secara esklusif selama 6 bulan.








Sebagai seorang mummy saya memang berhasrat dari awal tempoh mengandung untuk meyusukan anak-anak saya. Persediaan awal mummy untuk menyusukan anak ialah dengan menyediakan diri dan keluarga. Banyakkan membaca buku dan artikel berkaitan penyusuan susu ibu. Selain itu, sering dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu dengan doktor dan jururawat klinik kesihatan atau hospital kerajaan ketika pregnancy check up. Perancangan rapi seperti penyediaan bekas susu simpanan dan pam susu amat penting untuk persiapan penyusuan.




PENYUSUAN ANAK PERTAMA

Pada 22 Mac 2013, saya telah melahirkan seorang puteri bernama Dhia Batrisya. Di lahirkan secara emergency ceaserian. Selepas pembedahan selesai, Dhia Batrisya terus di masukkan ke NICU untuk pemerhatian sepenuhnya dari pihak pakar. Saya sangat berdukacita kerana tidak dapat menyusukan untuk kali pertama. Saya tidak berputus asa, malah gigih pam susu di Hospital Serdang. Hospital Serdang adalah sebuah rakan bayi iaitu hospital yang menyokong penyusuan ibu sepenuhnya. Segala botol susu tidak di benarkan di bawa masuk ke dalam. Nasib baik, mereka menyediakan pam susu elektrik untuk di pinjam oleh ibu-ibu di wad Hospital Serdang. Dapatlah saya mengepam susu untuk mengeluarkan kolostrum untuk di berikan pada anak saya kali pertama.



MENGANDUNG ANAK KEDUA

Dhia Batrisya masih menyusu  dari susu badan mummynya sahaja. Pada umurnya 6 bulan, kami telah menerima berita gembira. Iaitu telah mengandungkan adik kepada Dhia Batrisya. Teruja dengan kehamilan sekali lagi. Dalam masa yang sama, saya amat risau tentang penyusuan Dhia Batrisya. Sedih untuk putuskan penyusuan badan. Doktor juga meminta saya berikan alternatif lain untuk Dhia. Nasib pada masa itu umurnya sudah 6 bulan. Dhia sudah boleh di berikan solid food.  Sepanjang kehamilan anak kedua. Saya amalkan pemakanan sihat. Kerana saya ingin menjaga nutrisi bagi 3 orang (diri sendiri, anak yang sedang menyusu dan anak yang sedang di kandungi).



Sepanjang kehamilan saya, Dhia terus tidak mahu minum susu badan melalui botol susu. Dhia hanya mahukan direct breastfeed. Setiap kali waktu rehat. Saya korbankan masa rehat saya untuk menyusukan Dhia. Saya tidak membuat EBM (simpanan susu beku). Hanya direct breastfeed sahaja sepanjang tempoh kehamilan anak kedua. Saya akan menyusukan direct breastfeed pada waktu pagi sebelum pergi ke pejabat, waktu rehat dan balik kerja. Alhamdulillah, susu badan mencukupi untuk Dhia sepanjang kehamilan kedua saya.




KELAHIRAN ANAK KEDUA

25 Jun 2014, saya telah melahirkan seorang putera bernama Dzal AIdi Fiqry. Bersalin secara pembedahan juga. Ada yang berkata, bersalin secara pembedahan ni. Susu badan tidak akan ada pada hari pertama? Ok itu tidak benar sama sekali. Saya dapat menuyusukan anak saya sejurus selepas pembedahan. Setelah pulang ke rumah dari hospital sehingga hari ini. Saya masih menyusukan dua orang anak saya.



Syukur, sehingga kini saya dapat susukan anak sepenuhnya secara esklusif 6 bulan dan dapat diteruskan sehingga berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.



Kenapa mummy memilih menyusukan anak secara esklusif selama 6 bulan dan di teruskan sehingga berumur 2 tahun? Kerana banyak kebaikan untuk ibu dan anak seperti :-






Kebaikan Susu Ibu untuk anak:-


Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik dan :-

  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. 
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  •  Susu ibu, terutamanya kolostrum dan menguatkan sistem imuniti bayi.
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lai
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  •  Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



 

Kebaikan Ibu yang menyusukan anak:-




  •          Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  •          Membakar kalori (sehingga 600 kalori) dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  •          Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  •          Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan:



  •          Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  •          Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
  •          Jimat perbelanjaan seisi rumah.

 

MERANGSANG PENGHASILAN SUSU.




Sentuhan kulit bayi dan anak.



Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama serta merangsang penghasilan susu.



Permulaan awal



Bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti merengek atau memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.



Menyusu mengikut kehendak bayi



Menyusu mengikut kehendak bayi bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.



Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)



Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.




Untuk ibu berkerjaya, boleh cuba untuk membuat susu simpanan (EBM). Mummy juga membuat stok untuk di bekalkan ke rumah pengasuh.



KEMANGKATAN RAJA MUDA KEDAH Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah

BERITA KEMANGKATAN RAJA MUDA KEDAH  Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah.






Tarikh/Masa mangkat: 29/11/2015 @ 0100hrs

Tarikh Diputerakan: 24 September 1929 (Istana Anak Bukit, Kedah. 

Umur semasa mangkat: 86 tahun

Punca kemangkatan : Sakit tua/Jangkitan kuman pada paru-paru. 

Tempat mangkat: Wad Diraja Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, 

Baginda yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat kira-kira pukul 1 pagi akibat gering.

Jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit,pada pukul 1 petang, sebelum disemayamkan untuk penghormatan terakhir pada pukul 1.30 petang sebelum disemadikan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang.

Jenazah akan dibawa melalui Lebuhraya Darul Aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar sebelum dibawa ke Makam Diraja Langgar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, bendera akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini, manakala tempoh berkabung adalah selama tujuh hari hingga 5 Disember.


Al-fatihah ....

Coklat Murah 70% Nestlé | Kitkat Crunch dan Milo


Jualan Gudang Nestlé Penghabisan Stok Sehingga 70% di Metropoint Kajang


Mummy grab Nestlé Crunch je. Satu Kotak ada 10 wafers RM3. Beli 3 kotak RM6. Beli 3 kotak terus lah kan !! Murah sangat !!




Kitkat pun murah.  Biasa sebungkus gini dalam dekat rm20. Pada yang suka coklat. Boleh datang beli. Jimat !



Lama draft ni dalam blog. Nak tulis tak tulis. Dah nak sampai hari terakhir rupanya. Maaf ye. Atas kelewatan kongsikan sales coklat dari Nestlé. 





Ok..hari terakhir hari ini!! Cepat gi Metropoint Kajang ye. 


GEGAR VAGANZA 2 MINGGU KE-7 | Rockdut




Tema Gegar vaganza 2 minggu ketujuh Rockdut


Antara senarai lagu minggu ketujuh GEGAR VAGANZA ialah:

nabil ft Jihan - Cinta Tak Keruan

1. Nana - Secangkir Baldu Merah
2. Ezad - Nakal
3. Farahdhiya - Enter Sandman
4. Nassier - Carmelia 2
5. Haiza - Kopi Dangdut
6. Acong - Hilang Naluri
7. Azian - Ini Rindu

Diam tak diam, tinggal 7 peserta sahaja. Semoga berjaya kepada semua peserta. Malam ini, Mummy seperti biasa sokong Siti Nordiana !! Hehehe


Foziah Gous Selamat Melahirkan Anak Sulung

Tahniah Foziah Gous di atas Kelahiran Anak Sulung 


Tahniah Foziah Gous dan suami atas kelahiran bayi sulung di Hospital Pakar DEMC di Shah Alam pagi tadi !! Selamat berpantang dan selamat menempuh kehidupan yang baru !

Berita yang mummy dapat ini dari Instagram suami Foziah Gous @zhafyusof : 
"Alhamdulilah isteri saya Fouziah Gous selamat melahirkan anak, terima kasih atas doa yang dipanjatkan, semoga anak ini menjadi anak yang soleh"


Tollyjoy Baby Laundry Detergent JIMAT

Sabun Basuh Baju Tollyjoy Baby Laundry Detergent JIMAT


Mummy dapat Tollyjoy Baby Laundry Detergent, masa pergi event Tollyjoy Baby Day 2015, 5 bulan yang lalu. Bermakna pakai 5 bulan baru habis ! Walaupun mummy kerap membasuh baju anak-anak. Boleh di katakan dua hari sekali membasuh baju anak-anak. Sebulan lebih kurang 15 kali penggunaannya. 75 cuci untuk 1 kotak Tollyjoy Baby Laundry Detergent. Jimat,kan !
 

Cara-cara membasuh juga ada di terangkan pada bahagian belakang kotak Tollyjoy Baby Laundry Detergent.
 

Jatuh hati terus lah mummy dengan sabun basuh baju anak Tollyjoy Baby Laundry Detergent yang pekat ini. Tak perlu letak banyak. Baju bersih dan jimat. Sangat rekemen ! Boleh beli di pasaraya terpilih seperti kedai barangan bayi dan juga Jusco !
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, layari www.tollyjoy.com.sg. dan facebook  'Tollyjoy Malaysia' serta like  http://on.fb.me/ZflMUn

Design, Cetak dan Tempah di Printcious Kedai Cenderamata DIY Online


Printcious Kedai Cenderamata DIY Online 'Precious Gifts From Your Heart' | Design, Cetak dan Tempah 

 

Mummy memang tak pandai buat editing. Tapi, mummy tetap nak mencuba design t-shirt sendiri. 'Precious Gifts From Your Heart'. Puas hati sangat kalau dapat apa yang kita hajati ! Kekdahnya design baju Hi-5 sendiri ! hahaha..kan !  

Kami nak ke konsert Hi-5 bulan depan. Tentunya, mummy nak cari baju bertema yang berwarna-warni. Ada juga mencari quotation di kedai printing lain. Semua belum berikan kata putus untuk harga dan corak yang mummy inginkan.


Nasib mummy jumpa Printcious Kedai Cenderamata DIY Online 'Precious Gifts From Your Heart'. Apa yang mummy suka tentang tentang kedai online ini ialah:-
  • Boleh customs dan design sendiri dengan mudah !
  • TIADA kuantiti minimum di hadkan. Beli satu pun boleh !
  • Website yang mudah di fahami.
  • Arahan, langkah-langkah design dan pembelian yang lengkap.
  • Harga MURAH
  • Tiada kos TERSEMBUNYI 
  • Cepat siap !  
  • Penghantaran dalam masa 1-3 hari !

Antara barangan yang boleh di dapati dari Printcious Kedai Cenderamata DIY Online 'Precious Gifts From Your Heart' :-
  • T-shirts
  • Mugs
  • Kusyen
  • Seramik
  • Mousepads

 

Ini antara langkah-langkah yang mummy buat semasa nak design baju sendiri:-

  • Create your own
  • Pilih warna 
  • Customise it
  • Masukkan gambar dan perkataan yang diingini
  • Siap !

Harga baju yang mummy design sendiri ini, berharga RM39.00 sahaja ! Harga termasuk printing dan design. Memang berbaloi !

Barang-barang yang ada di Printcious Kedai Cenderamata DIY Online 'Precious Gifts From Your Heart', sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk orang yang tersayang, saudara mara, sahabat handai. Barulah lain dari yang lain,kan ! Juga hadiah untuk PENGANTIN BARU !

Semua ini boleh beli online di http://www.printcious.com dan juga boleh lawati facebook:  https://www.facebook.com/printcious


Scrumptious Cookies Chocolate Chips Rangup dan Sedap | Tanpa Telur dan Kacang

Cookies Coklat Chips Rangup dan Sedap | Tanpa Telur dan Kacang 

 Cookies Coklat Chips Rangup dan Sedap | Tanpa Telur dan Kacang

Scrumptious Cookies Chocolate Chips Rangup dan Sedap | Tanpa Telur dan Kacang


Umpppppphhhh...sedap gile Scrumptious Cookies Chocolate Chips rangup yang di adun tanpa telur dan kacang. Sangat sesuai pada yang ada allergy kekacang dan telur. Langsung tak ada rasa muak ! Malah, bila makan cookies ni... nak lagi dan lagi..
 
Scrumptious Cookies Chocolate Chips ini buatan bumiputra dan homemade tau ! Bukan mesin atau kilang yang buat. Lepas tu, premium chocolate chips nampak seketul-seketul atas cookies.

 

Sekali hadap boleh habis satu balang Scrumptious Cookies Chocolate Chips buat kudap-kudap. Anak-anak pun suka makan. 

  

Nak rasa kerangupan dan keenakan Scrumptious Cookies Chocolate Chips

Boleh order melalui telefon / SMS ke 019-6744833

GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN

Apa khabar semua !! Bertemu kembali dalam entri dunia kecantikan bersama mummy ! Entri kali ini mummy nak berkongsi pengalaman mummy bersama produk Rysya Skincare. Mungkin ada yang pernah dengar dan terbaca dengan produk terbaru, iaitu Rysya Skincare dari Rozita Che Wan (Che Ta) dan ada juga yang masih belum pernah dengar tentang produk ini lagi. Jom mummy kongsikan serba sedikit tentang apa itu Rysya Skincare.



Rysya Skincare adalah set penjagaan muka premium di mana set kecantikan ini setaraf dengan kualiti dan mutu set premium yang sudah ada lama di pasaran.

Diasaskan oleh pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor dan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah duta kepada produk ini. Che Ta juga telah menggunakan produk ini selama dua bulan. Dan beliau dapati produk penjagaan kulit Rysya mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sebuk dan tidak menjaga penampilan diri.

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” kata-kata Che TA sewaktu perasmian produk Rysya Skincare baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.


“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya Skincare ini kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

Mendapat kelulusan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare meliputi lima jenis iaitu  Cleanser,  Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream dan Bird Nest Body Scrub.

Dan, di kesempatan ini mummy nak buka GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN 

Produk yang di tawarkan ialah LY TONER DAN LY CLEANSER:- 






RYSYA SKINCARE - LY Toner  

Direka untuk melindungi kulit, menjadikan kelihatan berseri, lembut dan licin. Menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma. Menjaga kelembapan kulit, memastikan ia terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk sensitif dan semua jenis kulit yang lain.

Arahan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Penjagaan Kulit Pembersih Muka. Elakkan sentuhan dengan mata.





Kelebihan LY Toner



Toner ini bersifat lembut dan perlahan-lahan membersihkan kulit. Formula yang sangat efektif dapat menegangkan kulit wajah. Diperbuat dengan kacang soya dan ekstrak Phyto Placenta. Memberikan kesegaran kulit, keseimbangan pH lembut, rasa bersih dan sangat selesa.







RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka



Bersifat lembut untuk menanggalkan solekan. Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier". Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit. 

Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih. 

Kelebihan LY Pencuci Muka
Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan .Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif. 

Syarat- syarat GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN :-
1. Terbuka kepada penduduk di Malaysia.
2. Buatkan satu entri bertajuk -  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN
3. Follow blog ini.
4.Follow Instagram http://www.instagram.com/rysyaskincareselangor
5. Setelah siap, jangan lupa letakkan di ruangan komen butiran ini :-- URL blog entri - Saya nak menangi  GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN ( nama produk - pilih satu dari produk ini - RYSYA SKINCARE LY Pembersih Muka / Toner- Instagram akaun anda- dan alamat email .

Tarikh berlangsungnya GIVEAWAY ini : 31 OKTOBER 2015 - 30 NOVEMBER 2015

2 pemenang akan di pilih. Semoga berjaya !!