11 Langkah Penstukturan dan Pengubahsuaian #BajetUntukRakyat #Bajet2016

11 Langkah Penstukturan dan Pengubahsuaian #BajetUntukRakyat #Bajet2016

Seperti yang semua tahu...sebentar tadi PM kita dah selesai bentangkan bajet. Mummy nak share 11 Langkah yang telah di bentangkan :-

1 - Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal #Bajet2016

2 - Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015 #Bajet2016. Walaupun, kerajaan akan hilang hasil sebanyak RM350juta namun ianya dapat beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2juta pembayar cukai

3) Bagi kurangkan kos keperluan harian,Kerajaan,antaranya,liberalisasikn AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah,daging #Bajet2016
- FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang jual barang makanan pada harga jualan 5-20% lebih rendah dari haga pasaran #Bajet2016
- KPDNKK akan kenalpasti lebih banyak kedai jualan harga berpatutan seperti hypermarket. Jumplah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 kepada 1ribu .
- KPDNKK akan tingkatkan penguatkuasaan dan ambil tindakan ke atas peniaga tidak beretika yang ambil kesempatan kaut keuntungan berlipat ganda.
- Untuk terus bela pesawah, Kerajaan sediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi.
- Program MyBeras diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yang brdaftar akan dibekal dengan 20kg beras setiap bulan untuk kurangkan bebanan hidup.

4 - Berkuatkuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga RM300ribu terhad kepada pembeli rumah prtama sahaja
-Bagi Projek Perumahan Rakyat berharga RM35ribu, Kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan pada kadar 4% manfaatkan lebih 10ribu pemilik rumah.

5- Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.

6 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

7 - Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pmbantu rumah asing.
-
Kerajaan laksana Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.

8 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.

9 - Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.

10- Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan

11- Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU 


Teks Ucapan penuh Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet2016 oleh YAB Perdana Menteri - 28 Januari 2016, 12pm, PICC
1. Bahasa Malaysia

2. English
1 comment on "11 Langkah Penstukturan dan Pengubahsuaian #BajetUntukRakyat #Bajet2016"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com