Baju Couple Sedondon TShirt IAM Murah dan Cepat

Minat betul dengan baju sedondon sekarang ini. Ikut balik perkara zaman kecik yang macam tok mak dan tok abah buat kat mummy. Baju kurung lah selalunya mummy dan adik akan sedondon sama. Sekarang, giliran mummy pula buat pada anak-anak hehehe. Dah macam pakaian seragam,kan sedondon ni? Tapi, mummy memang suka pakai tshirt couple dengan suami, dapat sedondon warna pun ok dah. Bila ada saiz anak, anak muat pakai saiz 12. Kita sedondon dengan anak-anak sekali. 
 Baju Couple Sedondon TShirt IAM Murah dan Cepat

 Baju Couple Sedondon TShirt IAM Murah dan Cepat


Beberapa bulan lalu dah buat tshirt warna kuning. Kali ini, buat tshirts warna hijau epal pula. IAM tshirts pilihan mummy untuk design kali ini. Walaupun #iam ini dah lama hot. Tapi, dulu-dulu tu kita belum ada anak. Sekarang anak pun dah besar, boleh tempah tshirt sedondon mummy dan daddy. Baju ini, asalnya mummy yang mula tempah dulu di www.printcious.com

 Baju Couple Sedondon TShirt IAM Murah dan Cepat

Manakala tshirt I AM daddy dan anak-anak tempat kat  Saujana Impian je (dekat dengan rumah). Entah kenapa, sekarang ini, minat warna ceria pulak. Mummy plan lepas ini, macam nak tempah warna biru laut pula ! Gambar apa? Lambang apa? ha.........tu kene tunggu ye..

Tempat mummy tempah tshirt ini boleh tahan murah juga berbanding tempat lain. Mungkin dah selalu juga ke sini tempah baju anak-anak yang bersaiz kecil. Cepat pun cepat, kalau stok warna tu ada. Kalau tak ada stok, kene tunggu dalam masa 5 hari macam tu. Kalau ada yang nak mummy tolong buatkan tshirt gini, pun boleh. Upahlah sikit, ye ! hehehe  

  
4 comments on "Baju Couple Sedondon TShirt IAM Murah dan Cepat"
  1. Comey je sedondon bila keluar berjalan :)

    ReplyDelete
  2. wahhh menarik ni, belum pernah lagi tempah t-shirt sendiri... he he he...

    ReplyDelete
  3. family punya takde la lagi buat masa ni..hihihi...sally selalu buat kalau utk BFF atau masa nak g konsert

    ReplyDelete
  4. cantiklah nanti sedondon...senang nak kenal family siapa

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com