Koleksi Mask Hello Kitty Anak !

Selamat bekerja hari pertama di tahun baru 2016 ! Dan, selamat memulakan alam persekolahan bagi yang bersekolah ! Kami anak beranak sambut tahun baru dengan keadaan yang tidak berapa sihat muntah dan cirit birit masing-masing ! Tak mahu cerita bab yang tak best. Mummy nak cerita bab yang best je arini. Apa yang boleh gembirakan anak-anak di kala mereka tak sihat ! Dhia, anak dara kita memang peminat Hello Kitty ! Bila mummy dapat tau Mc Donald's ada keluarkan hadiah mask Hello Kitty untuk set makanan kanak-kanak  (Happy Meals ). Mummy yang teruja lebih ! Terus ajak daddy gi cari Mc D area Saujana Impian,Kajang. Malangnya habis pulak ! Cari pulak ke Mc D depan rumah Kajang Perdana. Masa ini, rumah kami blackout. Erm..Mc D pun black out gak ! Tak boleh proses apa-apa pembelian. Tak ada rezeki ..

Esoknya, waktu rehat makan tengah hari. Terus mummy zassss ke Mc D semata-mata nak dapatkan Mask Hello Kitty. Sampai kaunter, terus tanya samada koleksi minggu lepas ada lagi ke tidak ! Bila staff Mc D kata ada je......mummy terus minta mask Hello Kitty minggu lepas punya.

Koleksi Mask Hello Kitty Anak dari Happy Meals Mc Donalds!

 

Charmmy Kitty Mask - Mask Hello Kitty untuk minggu pertama 24 hingga 30 Disember 2015.. Nampak gayanya...Macam mummy pulak teruja lebih ye ! Mummy ke anak yang sibuk nak Hello Kitty punya koleksi Mask ni?




Ini, koleksi yang kedua kami dari Happy Meals, My Melody Mask ! Akan berada di Mc D dalam masa seminggu sahaja bermula dari 31 Disember 2015 hingga 6 Januari 2016 .


Masing-masing suka dengan mask ini ! Adik tu, ikut je apa kakak pakai ! Allah..macam-macam adik ni, tau ! Hello Kitty pun belasah juga !

Si kakak memang kerjanya melaram memanjang. Nak gi kedai pun nak pakai cermin mata Hello Kitty. Dengan nak pakai topi nak macam daddy. Nak pakai beg belakang macam mummy. Pastu... pakai kasut terbalik ! hahahaha. Mummy nak betul,kan...tak nak bagi ! Semua nak buat sendiri...semua nak bergaya sendiri. Dah besar kot ! Tahun ni, nak masuk 3 tahun dah.



Mummy nak tunggu lagi 2 koleksi Mask Hello Kitty.  Selain Hello Kitty Happy Meals Mc Donald's pun ada koleksi Ben10.  Jika ada yang minat nak kumpul koleksi Ben10 dan Hello Kitty, cepat dapatkannya pada tarikh seperti di bawah. Lambat nanti habis tau !
  • 24 – 30 Disember 2015: Ben 10 Light Up dan Charmmy Kitty Mask
  • 31 Disember – 6 Januari 2016: Ben 10 Feedback Bendable Figurine dan My Melody Mask
  • 7 – 13 Januari 2016: Ben 10 Omnitrix Launcher dan Chococat Mask
  • 14 – 20 Januari 2016: Ben 10 Malware Action Figurine dan Hello Kitty Mask
 

3 comments on "Koleksi Mask Hello Kitty Anak !"
  1. amboiii anak dara kemahen melaram heheheh ni kalau pi taman tema hello kitty kat johor tu mau tak nak balik ni hehehehh

    ReplyDelete
  2. ala, ben10 punye dah terlepas rupenye.. sob sob :(

    ReplyDelete
  3. Su: mmg suka Hello Kitty.. dah g yang johor tu..penat sampai tdur2 hehe

    Kisah Earty: ada lagi ben10

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com