Kuatnya Angin Di Kajang

Dari tengah hari semalam. ..angin kuat dan kencang sangat. Takut pun ada. Mau tak takut. Duduk tingkat 8 ini... Kalau angin kuat cenggini.  Bergegar sliding door dan bunyi angin tu. Buatkan hati resah gelisah. Pastu awal pagi tadi pun sama. Angin kencang sangat. Tidur pun tidur-tidur ayam. Sambil-sambil tu. Sempat google dan cari doa angin kencang dan kuat ini.



Dalam pada tu mummy sempat juga tengok website Jabatan Meteorologi ...Rupanya ada memo AMARAN ANGIN KENCANG. Kalau ada yang bercuti di sekitar laut dan tempat-tempat yang di minta berjaga-jaga tu. Please alert ya !

....................
..............
.........
......
..
.

Dikeluarkan pada pukul 12:11AM, 25 Januari 2016
 
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIAAMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 12.04 pagi, 23/01/2016.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) sehingga Rabu, 27 Januari 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka sehingga 27 Januari 2016.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

i) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 12.06 pagi, 24/01/2016.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60-70 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter (18 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Rabu, 27 Januari 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri

ii) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) - Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 12.04 pagi, 23/01/2016.


Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan sehingga Rabu, 27 Januari 2016.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Dikemaskini pada 25 Januari 2016, jam 12:11AM 
 

WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS

SECTION A: FOR MALAYSIAN WATERSWARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY) - Upgraded from first category warning issued at 12:04 am, 23/01/2016.

Strong Northeasterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres (15 feet) is expected to occur over the waters off Kelantan, Terengganu, Pahang, East Johore, Sarawak, Labuan FT and Sabah (Interior, West Coast and Kudat) until Wednesday, 27th January 2016.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
In addition, the coastal areas of Kelantan, Terengganu, Pahang and East Johore are vulnerable to sea level rise. This condition is expected to occur until Wednesday, 27th January 2016.


SECTION B: FOR SHIPPING

i) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (THIRD CATEGORY) - Upgraded from second category warning issued at 12:06 am, 24/01/2016.

Strong Northeasterly winds of 60-70 kmph with waves up to 5.5 metres (18 feet) are expected to occur over the waters off Condore, Reef North and Layang-Layang until Wednesday, 27th January 2016.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.

ii) WARNING ON STRONG WINDS AND ROUGH SEAS (SECOND CATEGORY) - Upgraded from first category warning issued at 12:04 am, 23/01/2016.


Strong Northeasterly winds of 50-60 kmph with waves up to 4.5 metres (15 feet) are expected to occur over the waters off Phuket, Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan and Labuan until Wednesday, 27th January 2016.

This condition of strong winds and rough seas is dangerous to all shipping and coastal activities including fishing and ferry services.
Updated on 25 January 2016, at 12:11AM 
 

Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Amaran JMM.RML07/701/03/Jld.122 (75)
No. Keluaran: 01No. Pindaan: 00Tarikh Kuatkuasa: 01.04.2014
3 comments on "Kuatnya Angin Di Kajang"
  1. Ohhh baru tau.. Patutlah angin menakutkan sejak senja semalam..

    ReplyDelete
  2. Selamat x ke tesco kajang smlm. Anyway tQ for info tu kak. Hati2 ye

    ReplyDelete
  3. Tawau selalu panas lit-lit. La ni kureng pulak panas dia. Maybe sama lah kut, dah bertukar angin macam semenanjung.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com