LAN BAHARIN Kasut Pilihan Daddy

08:44

LAN BAHARIN Kasut Casual Pilihan Daddy, Smart dan Harga Mampu Milik !  

LAN BAHARIN Kasut Casual Pilihan Daddy, Smart dan Harga Mampu Milik !


Lama sebenarnya berhutang hadiah hari jadi daddy yang jatuh pada 10 Oktober. Sebab sebelum hari jadi tu, dah belikan perfume. Kekonon beli awal, nak bagi masa tarikh hari jadinya. Erm, bila fikir balik kang laki aku ternampak aku dok sorok-sorok perfume lelaki. Takut pulak jadi cerita lain. Malam tu jugak beri terus perfume. 

Kami suami isteri jarang bergaduh bab jeles menjeles ni. Tapi ..bila dok dengar cerita sana sini, baca dalam media sosial tentang hal-hal gini. Naik takut ! Ada baiknya, tak payah kita nak buat pasangan kita ragu-ragu.

Dan, dek kerana itu......di hari jadi daddy makan domino's dan kek je ! 2 bulan kemudian baru ada hadiah hari jadi ! 

 LAN BAHARIN Kasut Casual Pilihan Daddy, Smart dan Harga Mampu Milik !

Kali ini, mummy malas nak fikir beli apa. Ajak daddy pergi IOI City Mall, Putrajaya. Bawa masuk dalam Parkson. Pilihlah kasut apa nak. Lakiku ini peminat kasut. Suka buat koleksi kasut. Kalah koleksi mummy ! Tak pe lah! Nanti mummy minta daddy belikan rak kasut yang besar pulak hehehe.

Cari kasut daddy pun dah berejam-jam. Anak sempat main belon, main lari-lari, berak, cuci berak, sambung main lari-lari sampailah penat minta duduk dalam stroller sambil tengok you tube ! 

Dan, daddy dari brand Bonia, Wolksagen, Camel, Renoma, ,,,, Akhirnya, Lan Baharin menjadi pilihan ! 

Mummy pun baru pertama kali jumpa produk Lan Baharin. Memang kene selera daddy. Niatnya pun nak mencari kasut jenis loafer yang smart dan casual. Cari saiz satu hal juga. Banyak yang berkenan, tapi saiz habis. Sudahnya gold menjadi pilihan.


Ok nice ! Smart ! Harga pun mampu milik ! 

Mummy malas nak tepek gambar kasut dan sandal banyak-banyak. Nak tengok banyak-banyak. Boleh ke:-
 
Instagram dan Twitter: @lanbaharin


You Might Also Like

4 comments

  1. Kasut Lan Baharin ni pun menjadi pilihan adik ipar SA...

    ReplyDelete
  2. cantik kasut. nampak verstail :)

    ReplyDelete
  3. ok.

    bahaya ni kalau orang rumah gua baca nih.

    haha

    ReplyDelete
  4. Wah.. Menarik juga ye koleksi Lan Baharin nie..
    Boleh buat pilihan hadiah hari jadi encik suami nie..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab