Menang #snapdanmenang Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser

Beberapa minggu yang lalu, mummy ada join pertandingan yang dianjurkan oleh Cosmoderm iaitu #snapdanmenang di Instagram. Syaratnya ambil gambar surat khabar yang ada iklan Cosmoderm bersama Ben Ashaari ! Mudahkan? Bila tengok balik instagram Cosmoderm melalui #snapdanmenang ramai yang telah sertainya. Masing-masing kretif !

 

 Menang #snapdanmenang Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser

Alhamdulillah rezeki menyebelahi mummy. Menang #snapdanmenang. Terimakasih Cosmoderm ! Selang beberapa hari, terima hadiah dari Cosmoderm. Tadaaaaa... Tea Tree Oil Facial Cleanser dari Cosmoderm. 
 

Banyakkan mummy dapat ! Stok bertahun juga boleh pakai ini ! Sesuai untuk kulit berminyak dan bermasalah. Kulit mummy ini masalah utamanya ialah bintik hitam dan tak sekata. Boleh pakai terus Tea Tree Oil Facial Cleanser Cosmoderm la,kan ! 
 
 

Video mummy pakai pencuci muka nampak bersih dan segar selepas cuci muka dengan Tea Tree Oil Facial Cleanser Cosmoderm ! Tak tipu ! Cer tengok video tu..sebelum dan selepas. Kalau amek gambar sebelum dan selepas orang kata tak real. Kali ini, kasi tepek video. Ha! Tengoklah real ke idak !

Sedikit info tentang Tea Tree Oil Facial Cleanser Cosmoderm:-
  • Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan lebihan minyak, membersihkan kotoran dan pori tersumbat.
  • Mengawal masalah jerawat atau radang kulit .
  • Tiada paraben, SLS, SLES. 
Ramuan utama minyak daun tea tree dan Vitamin E 200I.U.

Harga RM15.90 sahaja !

Nak beli?  Boleh beli di farmasi berdekatan, Guardian, AEON Mall atau online sahaja di  http://www.cosmoderm.com.my/?cur=catalog/product&id=2&pid=17&title=Tea_Tree_Oil_Facial_Cleanser_with_Vit.E_125_ml
  


2 comments on "Menang #snapdanmenang Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com