MILKWITHLOVE FESYEN TERKINI BAJU MENYUSU

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. 
Lama mummy tak bercerita kisah penyusuan badan. Zaman sekarang ini, tak boleh nak expose sangat bab penceritaan penyususan badan. Walaupun niat kita baik untuk menyokong breastfeeding (bf), orang lain pula berpendapat lain. Seperti baru-baru ini, kes selfie menyusukan anak. Hangat berita tu !

Berlainan dengan zaman dahulu kala, mak-mak kita tak kisah menyusukan kita di mana-mana sahaja. Masih ingat lagi. ..Kadang-kadang mak menyusukan kami adik-beradik sambil berborak depan rumah bersama jiran tetangga. Zaman itu, tak ada siapa kisah.

MILKWITHLOVE FESYEN TERKINI BAJU MENYUSU

Berbalik pada pada peredaran zaman. Dulu-dulu, tak ada pakaian khas menyusu. Tapi, sekarang ini kita ada macam-macam fesyen untuk menyusu. Secara keseluruhan, pakaian menyusu zaman sekarang cantik-cantik. Pakai baju cantik-cantik ini, sebenarnya boleh mempengaruhi aura positif dalam diri ibu ketika menyusukan anak. Serta, dapat menyokong penyusuan ekslusif para ibu bapa untuk menyusukan anak sehingga anak berumur dua (2) tahun. Insyaallah ! Nursing friendly ini kebanyakannya memang stylo, selesa dan menepati syariah. Tak percaya? Jom tengok koleksi fesyen terkini pakaian untuk ibu yang menyusu dari MilkWithLove





NURSING DRESS


NURSING KAFTAN 


NURSING COVER
Tak sangka,kan? Pakaian menyusu ini ada banyak pilihan, dari jubah, shirt, blouse, pakaian tidur (kaftan) dan cardigan. Lepas ini, jangan ada yang kata susah untuk menyusukan anak, ye ! Di mana-mana pun kita boleh susukan anak sekarang. Tepuk dada tanya selera, aje ! Ewah...

Pakaian dari MilkWithLove  bukan sahaja sesuai untuk ibu yang sedang menyusu. Juga sesuai untuk ibu yang sedang hamil! Jimat,kan! Boleh pakai dari mengandung sehingga bersalin dan menyusukan anak. Tapi, bagi mummy fesyen pakaian dari MilkWithLove ini sesuai juga untuk semua golongan. Ibu yang tak menyusu pun boleh pakai ! Tak ada masalah ! Tetap lawa ! 





Antara produk yang mummy nak masukkan dalam wistlist ialah Nursing Cover ni CARDILATCH BY MILKWITHLOVE. Suka dengan nursing cover ini sebab:-

CardiLatch by Milkwithlove Menjadi Fenomena Ibu Menyusu.
  • 2-in-1 Cardigan PERTAMA di Malaysia.
  • Patent dan copyright sepenuhnya milik Milkwithlove.
  • Kenapa ramai yang suka CardiLatch ni? Semestinya sebab dengan CardiLatch, aurat terpelihara depan dan belakang ketika menyusu.
  • Tidak seperti nursing cover biasa yang cover depan jer. Belakang terdedah.
  • Yang bestnya material sgt lembut dan sejuk. Baby nampak selesa. Rasa macam dalam baju ibu jer.
  • Lipat-lipat masuk dalam bag comel free dari milkwithlove dan masuk jer dalam handbag. Senangnyer nak menyusu!

Kalau ada yang rasa tak puas cuci mata pakaian menyusu ini di sini. Boleh terus ke laman sesawang MilkWithLove untuk cuci mata dan melihat pelbagai KOLEKSI, rekaan pakaian yang menarik dan cantik !


Ig: milkwithlove_nursingwear






4 comments on "MILKWITHLOVE FESYEN TERKINI BAJU MENYUSU "
  1. Serius cantik! orang yang menyusukan anak pun boleh pakai...

    ReplyDelete
  2. Cantik- cantik baju dia kan...ibu menyusu pun senang lepas ni..x perlu risau nak bergaya..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com