Peluang Berjumpa dengan Chef CIlik Estie Kung dari Lifetime MAN VS. CHILD: CHEF SHOWDOWN!

Peluang Keemasan Untuk Berjumpa Dengan Chef Cilik Estie Kung dari Lifetime's MAN VS. CHILD: CHEF SHOWDOWN!

Berapa ramai kanak-kanak berumur 8 tahun boleh menyiapkan hidangan masakan? Si cilik, Estie Kung pasti boleh! Beliau adalah peserta termuda dalam siri pertandingan masakan yang baru, Man vs Child: Chef Showdown yang bercita-cita untuk menulis buku masakan sendiri satu hari nanti.


Rancangan terbaru di Lifetime. Aksi Memasak Si cilik, Estie Kung dalam rancangan Man vs Child : Chef Showdown

Man vs Child: Chef Showdown telah membuktikan bahawa anak kecil mampu mengatasi kebolehan orang dewasa di dapur #JustAKid. 


Untuk melihat aksi Si cilik, Estie Kung ini beraksi di dapur. Kene lah tonton di television siaran di Lifetime. Tetapi, ada yang lihat kanak-kanak yang luar biasa ini yang beraksi di Man vs Child: Chef Showdown secara live depan mata? Haaa...Si cilik, Estie Kung akan menemui para peminatnya tau ! Di mana?

Rancangan terbaru di Lifetime. Aksi Memasak Si cilik, Estie Kung dalam rancangan Man vs Child : Chef Showdown
 
Di : Sunway Pyramid Shopping Mall(Tingkat Bawah) - berhampiran (ice skating) gelanggang luncur


Tarikh: Sabtu 16 Januari 


Jam : 12 tengah hari
 Yang dihoskan oleh Azura Zainal! Masuk adalah percuma!

Mummy pun tengah berbincang dengan daddy. Kalau boleh, nak tengok aksi live depan mata Si cilik, Estie Kung ini beraksi di dapur. Lagi-lagi Dzal tu...minat sangat duduk dapur dan masak. Kalau Dzal Aidi dapat tengok. Mesti dia teruja lebih tu !

Man vs Child: Chef Showdown adalah format asal dari A+E Networks® dan pihak Lifetime yakin, rancangan ini  akan menarik dengan penonton di Asia. Siaran rancangan kanak-kanak dalam pertandingan memasak telah membuktikan tarikan penonton di Lifetime ! Memang mummy akuinya 100%. Bukan takat masakan. Apa rancangan sekali pun berkaitan kanak-kanak memang mummy dan anak-anak tertarik !

Rancangan terbaru di Lifetime. Aksi Memasak Si cilik, Estie Kung dalam rancangan Man vs Child : Chef Showdown (sedutan dari youTube)


"Ia hiburan yang sihat untuk seisi keluarga di sebuah rantau di mana orang bersemangat melihat hidangan makanan mereka. Kami melancarkan kempen #JustAKid untuk meraikan kanak-kanak di Lifetime. Matlamat kami adalah untuk mempamerkan anak-anak yang luar biasa yang boleh terbukti bahawa mereka boleh tandingi kehebatan orang dewasa dengan masakan yang kretif. Jika diberi peluang, kanak-kanak biasanya akan melebihi jangkaan kita orang dewasa, "kata Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Pengaturcaraan dan Production, A + E Networks Asia.

 
Untuk yang tidak berkesempatan melihat aksi
Si cilik, Estie Kung ini secara langsung di Sunway Pyramid. Boleh juga saksikan rancangan Man vs Child: Chef Showdown yang akan di tayangkan di television pada 26 Januari pada pukul 7 malam. Hanya di Lifetime (Astro Ch 709).
2 comments on "Peluang Berjumpa dengan Chef CIlik Estie Kung dari Lifetime MAN VS. CHILD: CHEF SHOWDOWN!"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com