Rawatan Demam Cara Islam

Anak demam ? Mummy tak runsing? Runsing oo ! Lagi-lagi kalau suhu badan tinggi. Budak-Budak ni kalau demam, suhu terus je 39. Mendadak je naik. Dari paracetamol cecair sampailah paracetamol untuk masuk ke tut. ..semua siap sedia. Lagi satu, macam musim bulan ini. Ramai yang tak sihat, kan? Dhia pun dah baik demam seminggu yang lalu. Ni demam balik. Si Dzal pun sama. Berbalik demamnya. Tapi, beberapa hari ini bawa main air. Semalam macam dah tak demam ! Kenapa bawa anak main air bila demam? Kalau  bawa anak ke hospital dalam demam suhu yang panas, tentu doktor mandikan ais terus untuk bagi suhu turun juga. Selain ubat-ubatan moden di klinik dan hospital. Mereka juga, menyokong perubatan cara Islam. 

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM? DAN RAWATAN DEMAM DALAM ISLAM? 



1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. 

Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.


2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.


3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Bismilah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.




4- Daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya.Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? 

Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. 

Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.



Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.


Kami bawa mereka mandi lagi...kali ini bersama sepupu mereka. Tapi, idaklah berendam lama sangat. Kang lain pula jadi nya !

Sumber: iLuvIslam.com



2 comments on "Rawatan Demam Cara Islam"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com