Tony Fernandes Jemput Sertai AirAsia #GREEN24

Menyahut Cabaran #GREEN24. Apakah itu #GREEN24? 

Bila mana kita lihat cuaca sekarang yang tidak menentu. Cuaca negara kita sekejap panas terik, sekejap hujan. Mummy risau sangat. Sebab perubahan cuaca ini boleh mengundang pelbagai wabak penyakit.

Di negara kita pula, demam denggi kian meningkat. Kami pun sekeluarga baru sahaja sembuh dari penyakit cirit-birit. Oleh itu, mummy sangat setuju untuk menyahut cabaran #GREEN24.

Menyahut Cabaran #GREEN24. Apakah itu #GREEN24?
 
Tony Fernandes selaku CEO Air Asia jemput kita semua sertai AirAsia #GREEN24 pada 29 Januari hingga 30 Januari 2016. #Green24 adalah sebuah gerakan kesedaran iklim untuk menjaga alam sekitar terhadap iklim. Air Asia sebahagian daripada syarikat penerbangan merasakan ini adalah satu inisiatif dan satu tanggungjawab sosial korporat mereka untuk seluruh rantau Asean.  

Air Asia berharap, ini akan mewujudkan kesan yang positif. Harapan mereka supaya masyarakat di seluruh rantau ini sedaruntuk menggalakkan bumi hijau #green24 menjaga iklim di rumah, di tempat kerja, bandar-bandar dan negara.
 
Inisiatif ini akan dilaksanakan di seluruh negara-negara di mana Kumpulan AirAsia bermatlamat untuk mencapai menjaga alam sekitar, mendidik orang di sekeliling dan menjana kesedaran mengenai perubahan iklim.

Video CEO Air Asia, Tony Fernandes Jemput Sertai AirAsia #GREEN24


Jom kita sama-sama sahut cabaran #green24 ini bukan sahaja pada 29 -30 Januari 2016. Tapi, setiap masa. Insyaallah. Mummy pun nak bergiat menanam sayur, cili atau serai. Selain #green24, ia juga jimatkan mummy untuk membeli. Selanjutnya boleh lawati #GREEN24 di http://www.airasia.com/my/en/about-us/what-is-green24.page




Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com