Viral Ayam Masak Bali

08:30

 

MENU MUDAH | RESIPI VIRAL AYAM MASAK BALI, BAU SEDAP, MAKAN PUN SEDAP

Viral Ayam Masak Bali atau ada yang panggil Ayam Goreng Sambal Bali. Viral masakan ini, menular sejak kebelakangan ini. Tengok rakan-rakan di media sosial semua dok buat Ayam Masak Bali. Sampai satu tahap, dok pikir...sedap ke? Cuti hari itu, terus mencuba. Kebetulan semua barang memang sedia ada. Kecuali daun kari. Memang tak simpan stok. Insyaallah lepas ni, ingatnya nak taman sendiri pokok daun kari ini. 

Bila tengok di facebook. Ada macam-macam gaya masakan Ayam Masak Bali ni. Ada yang buat kering, ada yang buat berkuah, ada yang kurangkan itu dan ada yang tambahkan yang ini. Ikut citarasa memasing. Mummy pun tak copy bulat-bulat resipi viral tu. 

VIRAL RESIPI AYAM MASAK BALI #dapurmummyDhiaDzal #dapurmummy

  • Cili boh (kisar setengah genggam cili kering yang di rebus, 6 biji bawang merah kecil, 4 ulas bawang putih, sedikit halia, sedikit air untuk memudahkan proses mengisar)
  • 6 batang serai diketuk (ada gemuk dan ada kurus)
  • 6 tangkai daun kari
  • Setengah ekor ayam
  • Serbuk kari
  • Kicap
  • Garam - suku sudu kecil.
  • 3 Sudu Besar Gula Pasir
  • Air asam jawa ( 1 sudu asam jawa)
  • Bawang besar hiris (untuk di tabur)
Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Letak tepi.

Tumiskan cili boh dengan sedikit minyak hingga garing sedikit. Letakkan serai dan daun kari hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa dalam setengah cawan. Campurkan gula garam dan kicap (hingga warna naik maroon gelap).

Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar. Gaulkan balik-balik dalam 3 minit.

Angkat ! Siap di makan.

Bau pun dah sedap...apatah lagi bila makan. Serai dan daun kari memang kombinasi terbaik. Fefeling Bali gitu (eh..eh..macam pernah gi Bali !). 

Suami pun yang pertama kali makan pun terkedu. Sedap lah, tu ! hehehe. Yang belum cuba,,harus cuba. Masakan mudah je ni !

 

You Might Also Like

4 comments

  1. Tengok pun nampak sedap...ok boleh cuba ni semua bahan dah ada....thanks kongsi resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap, ramai yang berkongsi resepi ni dalam fb

    ReplyDelete
  3. sedap sis, thanks resepi tu

    ReplyDelete
  4. haaaaaaaa baru semalam sheda try masak sedap jugak ada rasa macam rendang sket.. hihi
    sheda done folow mummy k

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab