2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !

Kalau ke Kuala Pilah tak sah, tak singgah beli itik salai!! Eh,,,bunyinya macam selalu nau ke Kuala Pilah ye ! Padahal baru pertama kali beli itik salai kat Kuala Pilah. Dulu banyak kali lalu. Tapi tak sempat singgah.



2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !
Ada yang sempat singgah, tapi…itik pula habis.


Kali ini, tak mahu suami terliur lagi. Sepanjang perjalanan ke Kuala Pilah. Mummy dok ingatkan daddy. ‘Balik dari kenduri nanti, jangan lupa singgah beli itik salai tau!’

Banyak gerai jual itik salai, ada yang murah ada juga yang mahal. Bergantung pada saiz itik salai. Daddy singgah gerai itik salai yang menjual RM30 seekor. Agak mahal. Tapi besar !

Dua kali juga mummy dapat masakkan itik salai untuk daddy. Kebetulan tok abah budak-budak ini datang. Jamu tok abah sekali. Ahli keluarga mummy yang lain termasuk mummy tak makan itik salai.


Bagi mummy, tak makan itik salai tu bukan lah alasan mummy untuk tak masakkan masakan kegemaran daddy. 

2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !Itik Salai Masak Lemak Cili Api



Pertama kali masak itik salai. Minta pendapat dan tanya daddy juga nak masak apa, nak letak apa. Takut juga tak kene seleranya nanti !



Daddy requests untuk itik salai masak lemak cili api. Nak masak macam biasa je mummy selalu masak. Jadi…terus beli bahan masak lemak cili api. Zaasss masakkan ! Maaflah gambar itik salai masak lemak tak sempat snap.




2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !
buat basah sedikit


Itik Salai Masak Rendang Ala Negeri Sembilan


Selang seminggu, mummy masakkan rendang itik salai ala Negeri Sembilan. Arwah mak daddy ini orang Negeri Sembilan. Mummy wajib belajar sedikit demi sedikit juga masakan orang Nogori ni !



2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !
versi kering



Pasti..Daddy mesti rindu masakan arwah maknya !! Mummy pun tak pasti samada kene cara mummy masak dengan gaya arwah maknya atau tidak. Sebab mummy tak sempat merasa masakan arwah mak mertua. – Alfatihah semoga arwah mak, Nurimah Md Ali tenang di sana -


Bila nampak semua lauk tu licin, mungkin ianya kene dengan selera daddy. Alhamdulillah. 


Sebelum terlupa, ini resepi Itik Salai Mudah dari Mummy


RESIPI RENDANG ITIK SALAI 


Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah kecil
3 inci Lengkuas
1 inci Halia
5 ulas Bawang putih
Sengenggam cili api
1 sudu besar Ketumbar (boleh pakai serbuk)
1 sudu Jintan Manis (boleh pakai serbuk)

1 ekor itik salai

Kerisik (2 paket kecil)
Serbuk Kunyit
1 biji santan kelapa
Sedikit garam
Sedikit gula (jika suka)
Sedikit perasa (jika suka)

Air asam jawa (1 sudu besar asam jawa) - elakkan bau hanyir

Racik / Potong halus :
Daun kunyit
Serai

CARA MEMASAK RENDANG ITIK SALAI

1. Tumis bahan kisar dengan minyak hingga naik bau.

2. Masukkan air asam  jawa 1 gelas.

3. Dalam masa 5 minit masukkan itik salai.

4. Agak agak air kering, masukkan santan, kerisik sehingga kering sedikit.

5. Kacau kerap, untuk bagi masak rata.

6. agak-agak dah nak kering taburkan serai dan daun kunyit yang dah di hiris. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.

Siap !!

5 comments on "2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !"
  1. Sedapnyaaa.. Ena tak pernah lagi makan daging itik... Huaaaa terliuree terusss

    ReplyDelete
  2. wahh yang rendang Negeri Sembilan tu sedap tuuhh nampaknya! dah la tgh lapau ni. akak kena bertanggungjwb! hahaha

    ReplyDelete
  3. Mana resepinya Puan?.... boleh share tak?

    ReplyDelete
  4. Mana resepinya Puan?.... boleh share tak?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com