Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Di Sogo KL

Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL Kalau cerita bab shopping ini, ...

Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL


Kalau cerita bab shopping ini, mummy memang suka. Lagi-lagi bila ada sales ! Jualan murah ! Memang wajib benar kena terjah ! Sogo KL antara salah satu tempat yang mummy rasakan gila-gila jualan murah dia ! Walaupun tahu murah, lama juga tak terjah Sogo KL. Sampai kad keahlian Sogo KL pun dah luput !

 Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL

Setelah bertahun lamanya..Sampai juga kami di Sogo KL. Kali ini, datang berempat. Sampai Sogo KL ...terus zaaas buat kad keahlian baru ! Kebetulan memang dah rezeki kami kot ! Dapat keahlian PERCUMA 5 tahun !  Tahun 2021 baru luput !


Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL

Voucher pula, jangan cakap ! berlambak-lambak dapat. Luput tahun depan 2017. Suka sangat dapat durian runtuh gini !

Berbalik pada kisah shopping kat Sogo KL ni. Dua kali juga mummy pergi dalam masa seminggu. Yang pertama tu, pergi dengan anak-anak. Tahu je la bawa anak-anak ni. Sudahnya, dapat beli barang anak-anak je. 

Sebab tu, mummy repeat kali kedua. Pergi sorang-sorang. Kebetulan ada kerja nak buat kat area Maju Junction tu. Daddy pula, bagi green light...'shopping la barang awak.. cr baju dan selaur panjang atau jeans dalam budget RM100' Daddy belanja katanya.

Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL
Wah budget RM100 ! Bukan baju dan seluar je dapat beli....tengok ni ! 3 helai seluar, 2 helai baju kasual lengan panjang dan 2 helai tudung.


Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL

Percuma pulak tali pinggang. Tapi, jumlah tu lebih la dari RM100. Dalam RM120 macam tu ! Tambah la sket. Ye dak ! Kebetulan ada pameran baju-baju kat ruang legar bawah Sogo tu. Rugi pula tak ambil peluang yang ada. 

Pilihan mummy, jenama VOIR pada hari tu. Tapi, tudung tu bukanlah jenama VOIR ye. Ada juga tengok jenama lain yang sales. Berkenan baju, seluar tak berkenan, berkenan baju seluar, harga pulak tak berkenan. Ada je tak berkenan. Ambil je VOIR terus. Malas nak pusing sana sini lagi ! Beli dan terus matching warna, kasi sedondon. Baju purple, seluar pun purple. Baju hijau tu pun padankan dengan seluar hijau. Belasah je la kan ! 

Jadi, kalau kata ada budget RM100 tu...boleh sebenarnya dapatkan pakaian yang banyak kalau waktu sales ni. Cuma tak la dapat new arrival. Menipu la pulak, barang new arrival dapat RM100. Dapat pulak berhelai-helai ! 

You Might Also Like

4 comments

  1. wahhhh..leh la beli baju raya siap2 utk diorang...sekarang memang tgh banyak sales utk budak2 nyer baju kan...

    ReplyDelete
  2. Sogo! My favourite shopping place! Mmg berbaloi beli kat sogo masa sales.

    ReplyDelete
  3. Berbaloi tu Linda..
    RM100 macam2 boleh dapat tu..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda