Kek Batik Biskut Marie #dapurmummydhiadzal

08:15

Resipi Mudah Kek Batik Milo Biskut Marie #dapurmummydhiadzal 


Teringin sangat nak makan Kek Batik Milo Biskut Marie. Nak beli, rasa macam nak makan yang sendiri buat. Kalau gitu, kene ler buat sendiri. Ye dak? Bila ada masa lapang nak buat, milo pula tak ada. Bila milo ada, butter pula tak ada. Macam-macam!  

Kali ini. .boleh di katakan semua cukup. Kalau tak cukup pun bahan-bahan yang mummy rasa optional je kot. Yang asas ada...cukup !! Nak masak pun mudah je. Tak sampai 15 minit. Kos bahan beli pun dalam RM15 je. Boleh la buat 3 - 4 kali kek Batik ni.

Resipi Kek Batik Milo Biskut Marie:


  • Setengah buku butter
  • 1 cawan milo ( bukan mug ye, guna cawan minum teh tu. Milo pun tak penuh sangat)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 20 keping biskut Marie (patah dua)



Panaskan butter sehingga cair



Masukkan susu pekat


Taburkan milo hingga rata (jangan lama,,,nanti milo keras)

Gaulkan dengan biskut Marie

 
Agak-agak sebati atau nak bagi lembik biskut tu pun boleh juga. Mummy suka biskut tu keras.

Susunkan dalam bekas. Mummy tak susun sangat. Main letak je !

Simpan dalam peti sejuk.

Siap untuk di makan. Mudah kan !

Kos beli barang tak sampai RM15, hanya RM14.60 sahaja (99Speedmart). Boleh buat berkali-kali.  :
  • Biskut Marie sebungkus (ada dalam 60 keping - lebih kurang)  RM3.20
  • Farmcows butter 3.49
  • Susu pekat FnN RM3.00
  • Milo RM5.00 (bungkus kecil)
 

You Might Also Like

4 comments

  1. Saje nak ternak lemak la ni kan.....

    ReplyDelete
  2. Kalau tgh study mkn ni sedap nih hihi...lagi2 tgh sejuk... Huuhu...

    ReplyDelete
  3. kek batik ni memang laku giler masa bulan puasa

    ReplyDelete
  4. selain biskut marry biskut lain boleh tak ?

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab