Order Makanan Online di Shogun2u

Mummy memang suka memasak..tapi, ada masa penyakit MALAS MASAK datang. Memang MALAS la nak masak. Jangan paksa daku ketika daku malas hehehe. Kalau tak masak, tak ada makanan. Sure laki dan anak-anak akan kebulur,kan ? Oh NO !! Tak baik gitu ! Cara yang bagus....buka handphone, dan terus ONLINE. 

Kebetulan daddy balik lewat, kalau pukul 8 malam masih tak balik tu. Dalam pukul 9 malam, sampai la tu InsyaAllah. Jadi, mummy terus order online di Shogun2u untuk order makan malam. Dalam sejam sampai (estimated dalam website).

Kebetulan makanan JEPUN dan CINA (Japanese Cuisine dan Chinese Cuisine) ada promosi BELI 1 PERCUMA 1. 


Order Makanan Online di Shogun2u


Mummy memilih Set Ayam Lemon yang berharga RM26.80. Ada nasi, 2 jenis lauk (sayur dan ayam), air tebu dan kek. 



Sebagai tambahan, mummy tambah jeruk mangga. Ni pun, beli 1 PERCUMA 1. Sakan,kan !



Selesai order...terus dapat email confirmation. Memang jelas di situ menu yang mummy beli BELI 1 PERCUMA 1. Paling best. PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA !!



Dalam masa kurang dari 1 jam, makanan pun sampai ! Cepat ! Mummy estimated 1 jam juga. Ikut apa yang mereka janji. 


Daddy pun tak sampai dari kerja lagi. Makanan dah sampai dulu. Ok la tu kan ! Daddy balik, terus makan sesama.


Air tebu yang sedap, siap ada batang tebu kecil dalam tu ! Puas minum juga, cawan besar !


Nasi ala pulut tu sedap, makan masa tengah panas lagi..memang tak pandang kiri kanan. Salad tu pula ada sos khas dia. Daddy kata sos salad tu memang terbaik !


Sebelum mummy dan daddy makan. Kene layankan anak dulu. Dorang memang suka kek. Setiap masa nak kek Happy Birthday katanya. Kalau lama tak beli kek. Mula la tanya...bila HAPPY BIRTHDAY DHIA? oh anak! Tetiap bulan ke hari jadi nak oi !


Masa order di www.shogun2u.com memang dah beritahu Dhia, mummy nak beli kek. Tapi, nak pasang lilin tunggu daddy balik work.


Daddy balik dari kerja je, terus minta tunaikan janji. Tak pe lah nak..awak semua happy , mummy daddy bertambah happy. Walaupun tengah stress kerja ! Balik rumah, hilang stress, hilang penat !

Korang..jangan lupa promosi masih ada BELI 1 PERCUMA 1 untuk makanan JEPUN dan CINA (Japanese Cuisine dan Chinese Cuisine). 



Makanan lain pun ada diskaun 40% (western dan lain-lain). Cepat terjah Shogun2u ye

Facebook : Shogun2u
Instagram : @shogun2u


9 comments on "Order Makanan Online di Shogun2u"
  1. Bestnyaaa kalau boleh tempah camni. Hope kat kuantan ada. Ahaks.

    ReplyDelete
  2. Kek tu nampak sedap..makanan cina & jepun, kureng sikit..tak baper gemor..

    ReplyDelete
  3. fuhhhhh...tak sabar nak order

    ReplyDelete
  4. Seronok sungguh bila time malas ada yang mudahkan urusan kita!
    Time malas nak kuar Lunch kat opis pon senang, order sahaja!
    Dah cuba, servis mmg pantas! zasssss
    terbaik Shogun2u

    ReplyDelete
  5. Nak order lah bila penyakit malas masak melanda hehehe

    ReplyDelete
  6. Siap sambut dengan lilin haaa hehehhe best kan shogun

    ReplyDelete
  7. perghhh!! siap ada lilin lagi..untung ahh...heheheh

    ReplyDelete
  8. inilah yang dinamakan kenyang perut suka hati! hehehe

    ReplyDelete
  9. yeay...dah order dah....sedap...the best part is service sangat cepat...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com