Sempena CNY | PLUS menawarkan 30peratus rebat tol

Plus Menawarkan Rebat 30 peratus sempena Perayaan Tahun Baru Cina a.k.a Chinese New Year

Tiap kali perayaan besar negara kita, acapkali PLUS akan berikan diskaun atau rebat tol. Cuti panjang 4 hari itu, dapat mengurangkan bebanan tol untuk pengguna jalan raya balik ke kampung ataupun bercuti.

Pengguna jalanraya pun agak luar biasa jika ada cuti yang lama sebegini. Semua akan mengambil kesempatan cuti umum untuk merehatkan minda dan juga ingin menghabiskan masa bersama orang tersayang. 

Mummy belum ada plan lagi nak kemana untuk cuti Raya Cina. Kalau berjalan pun, mungkin di kawasan yang dekat-dekat sahaja.

Korang cuti gi mana nanti?


Info rebat dari PLUS ini, mummy baca di beberapa berita online. Sumber sahih ye ! Mummy terpaksa copy and paste juga di sini. Sebab kadang-kadang ada yang tanya mummy 'betul ke info,ni?' 'mana dapat sumber, ini?'


Baca di sini ye ......


Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna lebuh raya itu yang membayar tol menggunakan sistem elektronik pada hari tertentu bermula 4 Februari ini sempena Tahun Baru Cina.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, rebat tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik sama ada menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTag pada 4, 11 dan 15 Februari ini.

"Rebat ini diberikan kepada pengguna PLUS yang melalui jarak perjalanan melebihi 100 kilometer di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (NKVE) sepanjang tiga hari tersebut.

"Kami menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya PLUS setiap hari puncak bersempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini dan ia merupakan peningkatan 20 peratus berbanding 1.3 juta pada hari biasa," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - Artikel Penuh: Kosmo 



Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com