Stall Burger Untuk Dijual

10:49

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semalam mummy ada up di instagram dan facebook tentang stall burger untuk di jual (kiosk burger untuk di jual) di Kajang ini. Banyak juga pertanyaan yang datang, 'kenapa nak jual jika dah stabil?'. 'Bukan tak ada untung pun niaga di situ !'

Mummy pun tertanya-tanya juga ! Sayang ! Walaupun modal buka perniagaan burger ini bukan bermodalkan ratusan ribu. Tapi beribu jugak lah modalnya !

stall burger untuk dijual  

Stall burger untuk dijual



Mummy dapat berita adik ipar nak jual ni dari adik. Suaminya yang dah bertahun-tahun lamanya membuka perniagaan jualan burger di Kajang Perdana ini nak let go bisnesnya. Sayang tak sayang juga. Tapi terpaksa melepaskannya atas kekangan masa. 

Sebagai kakak ipar, mummy mulai faham. Beliau bukannya jenis cepat mengalah atau pun suka berikan alasan. Pekerja sepenuh masa dengan jadual shif. Tetap meluangkan masa di tempat burger, turun padang juga ! Mempunyai anak kecil juga bukan alasannya.

Dan, kini surrender ! Mummy dapat rasa apa yang dia rasa. Pemergian bapa tercinta yang telah menjangkau 50 hari (lebih kurang),tugas anak sulung menjaga ibu, adik yang bersekolah dan rumah peninggalan arwah ayahnya. Membuatkannya tidak dapat stabilkan diri. 

Ok, terjawab sudahkan persoalan itu. Berbalik balik pada stall burger / stall burger yang nak di jual ini.

Di sini, mummy nak iklankan bagi bantu adik ipar. Siapa yang berminat nak membuat jualan burger dan nak beli kisoksk burger / stall burger ini, boleh hubungi adik ipar mummy : Aca 017-2372327


You Might Also Like

4 comments

  1. Complete eh stall burger dia...harap2 ada yang nak beli...

    ReplyDelete
  2. Jika itu tujuannya untuk menjual stall burger, Insyaallah didoakan ipar akan semakin melimpah ruah rezekinya, dari punca yang lain. Asbab dari mendahului ibunya. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Bpe harga stall burger ni sbb sy perlu kn bye ..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab