Ubat Batuk dan Selsema Kana-kanak Perisa Buah-buahan

BILA ANAK-ANAK BATUK DAN SELSEMA El Nino menyerang..sakit batuk,...

BILA ANAK-ANAK BATUK DAN SELSEMA



El Nino menyerang..sakit batuk, selsema pun mula menyerang budak-budak kt rumah ni. Nasib tak ada demam. Walaupun tak ada demam. Dorang ni susah makan ubat, rasanya kebanyakan budak-budak pun tak suka ubat. Betul tak?

 Ubat Batuk Kanak-kanak Perisa Blackcurrant


Kami laki bini try and error beberapa kaedah nak bagi anak-anak suka makan ubat bila sakit. Dan akhirnya, dorang suka ubat berperisa macam strawberry, anggur, blackcurrant atau pun rasa buah.

Mummy beli je kat farmasi. Sebab kebanyakan klinik ubatnya tak ikut citarasa dorang dua beradik ni ! 

 
 Ubat Selsema Kanak-kanak Perisa Buah-buahan

Pilihan kami bagi ubat berperisa ni, bukanlah atas sebab nak bergantung 100% dengan ubat-ubatan. Kami juga ada berikan natural remedies dan lain-lain remedy.

Dah anak nangis tak boleh tidur bermalam-malam sebab batuk terkokol-kokol. Takkan nak tengok je kan. Kita bagi ubat untuk mereka cepat sembuh ! 

 

 

Dah terlanjur ke farmasi, mummy pun beli ubat cacing untuk diri sendiri. Lama tak makan ubat cacing, ntah cacing dalam perut tu dh bercucu cicit ke apa tu agaknya hehehe. Korang bila last makan ubat cacing?

You Might Also Like

1 comments

  1. ye walaupun kc bukan budak-budak pun, tak suka makan ubat lagi-lagi pil haha.

    macam sedap je kak ubat ni perisa buah-buahan pulak tu hehe

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda