Ubat Cacing Pilihan Mummy Untuk Anak

Pemberian Ubat Cacing Setiap 6 bulan Untuk Dhia dan Dzal. Kalau check up anak di Klinik Keraja...

Pemberian Ubat Cacing Setiap 6 bulan Untuk Dhia dan Dzal.


Kalau check up anak di Klinik Kerajaan. Pasti akan diberikan appointment anak 2 tahun untuk check up lagi. Check up 2 tahun itu sebenarnya untuk melihat perkembangan anak dan juga pemberian ubat cacing. Penting ke ubat cacing? Bagi mummy, ubat cacing tu penting sangat ! Sebenarnya pemberian ubat cacing akan di berikan setiap 6 bulan. Boleh di berikan pada umur anak yang berumur setahun ke atas.

Dhia Batrisya, umur 2 tahun dah dapat ubat cacing dari Klinik Kerajaan. Makan je.. terus muntah. Ntah berapa banyak yang dapat masuk pun, tak tahu lah ! September 2015 patutnya kene check up dan bagi ubat cacing lagi. Tapi, mummy malas amek tarikh temujanji kat Klinik Kerajaan Kajang. Nampaknya, 2016 mummy kene berikan ubat cacing pada Dhia. 

 Ubat Cacing Pilihan Mummy Untuk Anak

Perlu ke Ubat Cacing Untuk Anak?

Bagi mummy, sangat penting pemberian ubat cacing pada anak. Dr Zubaidi juga ada menyarankan ibu bapa untuk ibubapa berikan ubat cacing deworming kepada anak.  


Ubat Cacing Mana Bagus untuk Anak ?

Mummy pun sebenarnya keliru. Tak tahu nak pilih mana satu ubat cacing untuk Dhia dan Dzal. Sudahnya, beli 2 jenis. Satu yang cecair brand  Zentel dan lagi satu beli ubat cacing kunyah Brand CHAMPS. Nasib Dhia dan Dzal nak makan yang kunyah tu. Mummy bagi sorang sebiji je ! Yang cecair tu boleh simpan untuk 6 bulan akan datang. Ataupun mummy sendiri yang makan untuk deworming ! EH...orang dewasa pun kene makan juga ubat cacing tau. Mau beranak pinak, bercucu cicit kang cacing dalam badan tu !

Dzal tu pun, mummy dah mula bagi makan ubat cacing. Sebab, umur pun dah setahun lebih. Dah boleh makan ubat cacing. 

Dan yang sebenarnya. Mencegah itu, lebih baik dari mengubati !



You Might Also Like

5 comments

  1. anak sy nak masuk 3tahun, baru smlm sy p klinik mtk ubat cacing alang2 bawak dia jupe doc, trs mtk skali ubat tu..dia bg cecair punya..xtahu la anak nak minum ke x..hehe...sy cuma duk risau pasal cacing tu je..jgn lah tubik sekor2, menangis mak..haha... (walaupon org kata skrg cacing terus hancur, tetap dlm hati was2 selagi blm alami sendiri, hahaha)

    ReplyDelete
  2. Kann org dewasa pon kena...tp depends dgn sistem body... Huhu... Agak2 perot kembong terlebih bkn sbb air tu kenalah makn kowt...biasa mkn yg zentel org dewasa la hihi...

    Jemput sibggah blog :)

    ReplyDelete
  3. Boleh beli and bagi kat anak2 buah ni...diorang jenis x nak makan la..pelik plak...

    ReplyDelete
  4. aRz sendiri pun pening bab ubat cacing ni kak linda....tak tahu nak bagi yang mana

    ReplyDelete
  5. ada waktu tertentu ka nak bagi ubat cacing ni

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda