Zumba Di Bandar Baru Bangi

Pecahkan lemak dengan berzumba di Bandar Baru Bangi bersama anak-anak ! Dah lama benau mummy n...

Pecahkan lemak dengan berzumba di Bandar Baru Bangi bersama anak-anak !


Dah lama benau mummy nak berzumba dan nak pecahkan lemak yang lama sangat tidur tu ! Tapi, alasan demi alasan....acapkali menghalang impian mummy. hahaha impian katanya.. ye ! Tak apa lah, bukan benda wajib pun,kan ! Kehendak je orang kata !
 Pecahkan lemak dengan berzumba di Bandar Baru Bangi bersama anak-anak

Hinggalah satu hari, daddy bebudak ni suruh mummy beli kasut untuk zumba. Tapi, mummy beli kasut yang kembang depan. Nak bagi selesa sedikit. Almalumlah kaki jenis kembang semangkuk ni,kan !  Beli pun yang ada seles dan yang murah. Sayang duit nak beli kasut zumba yang mahal-mahal ! Harga kasut zumba brand New Balance mummy bawah RM100 je.  Akhirnya..mummy berzumba juga.

Ramai yang tanya mummy Zumba di mana? 


Jeng..jeng..jeng.. agak-agak di mana tempat berzumba ni? Apapun, mummy tetap memilih tempat mak-mak. Mummies friendly katanya. Anak pun boleh join sama. Asalkan jagalah anak tu. Jangan sampai kacau orang lain. Mummy memilih port paling belakang dan tepi sekali. 

Sementara daddy pula, boleh main badminton atau ping pong kat bawah. Kami pergi sekali. Senang ! Semua buat ativiti di tempat yang sama. 

Anak-anak tak nak ikut daddy.  Dorang lebih selesa bersama mummy ! Tak pe...mummy ok je berzumba sambil dukong dan layan anak-anak. Jadi mak-mak ini, kene multi-tasking ! Tak boleh pun, kene kata boleh !


Bull Fitness Bandar Baru Bangi  

Tadaa.........kami berzumba beramai-ramai di Bull Fitness. Muka enjoy dan happy je,kan ! Hilang stress wooooo dapat berzumba !!  Walaupun mummy masih terkial-kial dan step pun berterabur carba-marba. Yang penting, enjoy !!

Bull Fitness Bandar Baru Bangi ini terletak di kompleks sukan Uptown Bandar Baru Bangi. Selain, studio zumba. Ada tempat badminton, futsal, ping pong, gim dan banyak lagi indoor games yang boleh main di sini.

Harga zumba ini, hanya RM10 je sekali masuk ! Murah ! Ada sesapa nk zumba sekali minggu ini? Jom kita date !

Selanjutnya, boleh ke :-




Uptown Sports

Pt 76828, Persiaran Jaya
Sungai Ramal Dalam,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.

T: +603 89208880
F: +603 6203 7992

Email: info@uptownsports.com.my






You Might Also Like

6 comments

  1. Semangat...bagus..teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  2. RAJINNYA MUMMY ZUMBA.. Seronok kan..")

    ReplyDelete
  3. wah seronok nya!
    Goodluck akk! aina pun join zumba lps office hour. Kena jugak kluar kan peluh baru fresh n sihat. =D

    ReplyDelete
  4. Lama x berzumba...ntah bila nak buat semula...

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda